Skip to main content

Posts

Featured

Rae, Wadi dan Maya. 1

RAE. R-A-E. Sebutannya bukan seperti perkataan Inggeris ‘rare’ tetapi ‘ra-e’. Seorang pemuda biasa yang kita akan lihat dihadapan kaunter pembayaran kedai serbaneka. Tidak gempal dan tidaklah pula se sasa mana, tidak rendah dan tidaklah pulak setinggi mana. Lelaki biasa dengan rambut ikat kuda merapikan kekemasan diri. Itulah Rae the average guy.   Dari luaran kita akan nampak Rae seorang yang sinikal dan sombong. Sebagai contoh;   “Terima kasih, bang.” Kau kutip baki duit syiling sambil senyum manis pada dia setelah habis urusan pembayaran di kaunter.   Dia takkan sebut sama-sama dan membalas senyuman kau pun. Dia akan menjeling dengan muka jelik. Kemudian menyambung kerja dia melayan pelanggan belakang kau pula. Kau pula, panas hati tak mahu lagi pergi ke kedai serbaneka  7-Eleven kawasan Bandar kau ini.   Disebabkan hal itu, Bos serba salah nak berhentikan Rae si average guy kita ini sebab dialah pekerja yang terbaik. Datang kerja tak pernah lambat masukkan punch card. Habis masa kerja…

Latest posts

4 Cups of Coffee. 4

4 Cups of Coffee. 3

4 Cups of Coffee. 2

4 Cup of Coffee, 1

Berapa Lama?

Hati dan Rahsia 6