Cerpen:Hati dan Luka Bhgn 2


credit to Pakcik Google

KELIHATANNYA hujan renyai-renyai,jadi aku pun berjalan perlahan dengan payung merah jambu untuk melindungiku daripada dibasahi. Sedangku melangkah,fikiran melayang-layang. Sudah tiga hari berlalu dan tiga hari itulah mimpi ngeri buatku. Mengingati setiap detik tentang waktu matinya lelaki ber-iris mata merah itu membuatkan tidur tak kenyang, makan tak basah, mandi tak lena. Memori ini boleh dipanggil tragedi!

Tak guna punya pembunuh, dengan muka tidak bersalah dan secalit ketakutan pun dia membunuh. Betul kata lelaki misteri itu bahawa Encik Zakaria adalah seorang pembunuh! Pencarian jawapan melalui laman sesawang Google juga membuktikannya. Sewaktu mencari-cari tentang cacahan tatoo yang berada di bawah lengan kiri Encik Zakaria memang benar. Dia seorang pembunuh, malah seorang pembunuh upahan!

Kendatipun, mengapa dia mahu menyelamatkan nyawaku? Menarik diriku daripada bahaya kemudian membawaku pulang ke rumah dengan selamat tanpa mencederakan diriku. Pelik..

Sepanjang tiga hari ini juga aku berasa gusar, mayat lelaki iris mata merah masih belum dijumpai lagikah? Bila difikirkan tentang faktor masa, suhu, kelembapan, sudah pasti jasad lelaki tersebut berbau telah dijumpai dan pasti jugalah akan tersebar ceritanya di media massa. Namun, sepanjang tiga hari ini tiada apa-apa yang berlaku.

Cuma sekarang, aku sudah tidak melangkah lagi ke kafe Villa's Cake lagi. Tetapi disebabkan rindu akan kopi yang dibancuh di situ, langkahku yang tadi biasa kini semakin perlahan-lahan dan kemudian teragak-agak. Benarkah aku mahu jumpa si pembunuh itu? Aku bagaikan tidak percaya, sanggup redahi hujan walaupun renyai aje untuk ke situ hanya untuk menghirup kopi yang dibancuhnya? Dibancuh oleh seorang pembunuh?

Ya Rabbi, kenapa hambaMU diuji sebegini sedangkan nyawanya sudah berada di penghujung? Wajahku muram bila terkenangkan penyakitku. Dilema juga menghantuiku, perlukah aku memberitahu pada nenek? Pasti nenek murung dan terlalu kecewa. Semua yang dia sayang meninggalkannya.

Kali terkhir nenek murung apabila ibu meninggal akibat terlalu sedih dengan kematian ayah. Mengapa ayah meninggal? Disahkan menghidap leukimia dan meninggalkan aku sewaktu berusia dua belas tahun. Sedih sekali kehidupanku ini.

Aku mengeluh berat. Aku menghentikan langkahku lalu terdongak sambil mengejapkan mataku .Cuba menahan mataku daripada berkaca dan mengalir air mata.

Tiba-tiba terasa tubuhku dirangkul oleh susuk yang tinggi. Payung terlepas daripada tanganku lalu menyebabkan diriku terdedah dengan titisan hujan yang renyai.

  "Si..siapa ni?" Aku tergagap-gagap disebabkan lelaki itu menerpa secara tiba-tiba tanpaku sedar pun.

"Satu petunjuk, apa yang ada dalam fikiranmu sekarang dan ia bewarna merah. Cuba teka, siapa saya?"

Aku memikirkan seorang lelaki misteri yang mempunyai iris mata warna merah. Tunggu sekejap. Lelaki itukah yang sedang memeluk aku? Jantung bagai disentap, aku cepat-cepat menolak tubuhku daripada rangkulannya.

Aku mendongak melihat wajahnya, memang ya!

"Iris merah, kau hidup?" Ucapku hampir menjerit dan tak percaya. Tiba-tiba aku dapat merasakan satu perasaan yang pernah hadir sewaktu pertama kali melihat matanya. Cepat-cepatku lupuskan perasaan itu daripada hati ini.

"Iris merah?" Dahi orang dihadapanku berkerut.
 "Panggilan yang menarik! Awak ni memang suka gelar orang dengan nama-nama yang aneh ya?Tetapi nama sebenar saya Iqmal," Ah, dia dan senyumannya! Namanya Iqmal? Kelihatan saja dari atas sampai bawah nampak aneh dan menakutkan namun namanya...kenapalah comel sangat?

"Bagaimana awak boleh hidup? Bukankah awak sudah mati? Saya saksikan sendiri apa yang terjadi!" Aku imbas kembali kejadian tembakan tersebut. Aku terasa badan semacam menggigil tatkala bunyi tembakan bergema di telinga.

"Awak sudah lupa? Sayakan sudah cakap pada malam tu saya bukan manusia." Balasnya. Aku terdiam, dia sudah cakap waktu itu bahawa dia bukan manusia. Aku perhatikan dia tunduk mengutip payung merah jambuku.

"Saya tak rasa hujan renyai ni akan berhenti. Awak tengah sakit, tak elok terdedah pada hujan nanti demam lagi sekali." Dia menghulurkan payung itu kepadaku.

"Bagaimana awak tahu saya sakit?" Soalku dengan rasa hairan. Kejutanku masih belum mengendur,  lantas terus mengambilnya daripada tangan lelaki bernama Iqmal.

"Leukimia, penyakit tu berkaitan dengan darah,bukan? Hidung saya sensitif dengan bau darah yang tak elok tetapi bau darah awak memang menyelerakan," Siap puji lagi! Aku cepat-cepat menjarakkan diri daripada dia sambil tangan memayungkan diri sendiri dan sewaktu Iqmal melihat keadaanku yang takut-takut itu, dia ketawa pula.

Dia memang lelaki yang bahaya. Boleh bau darahku sampai mengatakan ia begitu menyelerakan?Aku mengusap tangan yang terluka akibat kejadian tempoh hari, masih berbalut walaupun sudah tiga hari berlalu. Menjadi penghidap leukimia ini memang menyusahkan! Luka susah nak sembuh!

"Tadi....tadi kenapa awak peluk saya?" Aku usul satu pertanyaan pula. Ketawa Iqmal serta-merta mati dengan soalan itu, aku dapat lihat wajahnya merona merah lalu dia melarikan pandangannya ke tempat lain. Nah, kau yang peluk aku takkan tidak tahu pula kenapa? Walauapapun,kenapa aku nampak dia comel sekarang? Azalea,kau harus buang perasaan itu jauh-jauh!

"Minta maaf sebab mengganggu." Aku terdengar satu suara menegur kami berdua, Aku dengan dia lantas menoleh kearah pemilik suara. Kelihatan Encik Zakaria berada di depan kami.

"Awak penghidap luekimia cik Azalea?" Dia menyoal aku. Rupa-rupanya dia sudah mendengar perbualan kami.

Entah mengapa, aku rasakan suasana sekeliling seperti tiada sesiapa kecuali ada aku, si iris mata merah yang mati hidup kembali bernama Iqmal dan pemilik kafe yang juga pembunuh Iqmal iaitu Encik Zakaria.

Tak sangka pula Encik Zakaria berada berdekatan denganku sewaktu bercakap dengan si Mata Merah..ah! Namanya Iqmal. Sukar juga aku nak biasakan nama itu. Wajah Encik Zakaria betul-betul terkejut sewaktu mengetahui statusku yang sebenar. Sewaktu Zakaria menoleh kearah Iqmal, aku turut berkalih pada wajah Iqmal yang sudah tentu mukanya merah padam  menahan marah.Siapa tak marah kalau berjumpa dengan pembunuh sendiri?

Namun sangkaanku meleset sama sekali, aku melihat dia dengan senyumannya yang begitu ramah, "Selamat petang Encik Zakaria! Apa khabar?"

Sudah tentu bukan khabar baik! Wajah Encik Zakaria seperti tidak percaya apa yang dia nampak sekarang. Aku fikir Iqmal akan marah, tapi kata-kata dia seperti macam dah lupa tentang kelmarin. Aku rasa dia sedang berlakon saja, cuba menyindir atau meperli Encik Zakaria. Mungkin membalas dendam?

"Bagaimana kau hidup?"soal Encik Zakaria.

"Hidup?" Aku melihat Iqmal tertawa. Tawanya mesra namun aku lihat Encik Zakaria menelan airliur dengan muka pucat semacam. "Jangan buat lupa pulak. Aku dah cakap aku bukan manusia. Sekarang ni, kau sudah ada di depan mata cuma nak tinggal terkam saja tapi...you really a lucky person!" Iqmal menekan kata-kata yang disebut dalam bahasa orang putih itu.

"Apa yang Iqmal cuba katakan ni?" Aku kehairanan apa yang dia cuba nak katakan pada Encik Zakaria?

"Wah..banyaknya manusia kat sini." Iqmal menyeluk saku jaket sambil melihat keadaan sekeliling dengan wajah tiba-tiba kagum. Aku dan Encik Zakaria memandang sekeliling, ramai juga orang dan kenderaan lalu-lalang di sini. Untuk beberapa detik... okay, kami faham apa yang cuba Iqmal katakan. Takkan nak bunuh orang atau terkam orang depan mata?! Orang hilang pertimbangan saja buat begitu!

"Kebetulan kamu berdua berada di sini. Tak mahukah terus masuk ke kafe saya?" Sopan saja Encik Zakaria mempelawa kami.

Kafe? Ah, aku mahu pergi ke situ. Tetapi belum aku buat apa-apa, Iqmal pula mengawal keadaan!Belum aku bersuara dia sudah pintas!

"Sejak bila pulak dia ada hati mahu jenguk kafe Encik?" Soal Iqmal kening sebelah kanan terangkat. Aku memandang kearahnya dengan bibir terjuih. Geram.

Encik Zakaria tenang saja menjawab pertanyaan Iqmal, "Lagi lima langkah dihadapan, itulah kafe saya. Mungkin saja Cik Azalea mahu ke situ."

"Tak perlu nak bagitahu, sedangkan tempat awak itu statusnya sudah meragukan. Tengok bawah lengan Encik itu pun,mereka sudah tahu. Entah apa-apa yang diletak dalam makanan dia tu." Mulutnya dan kata-katanya. Aku rasa memang sesuai untuk Iqmal! Berkata-kata dalam nada berlapik tetapi mampu menghiris kalbu! Tatkala dia mengatakan tentang bawah lengan Encik Zakaria aku teringat pula, lalu kulihat lengan lengan kiri yang bertutup dengan baju panasnya.

"Azalea, jom kita pergi ke tempat lain." Tiba-tiba sahaja Iqmal menarik lenganku.

"E,eh..apa ni? Lepaslah!" Kurentap lenganku daripada genggaman dia. Mimik mukaku jelas marah  dengan perlakuannya. Berani menyentuh orang!

"Siapa Iqmal untuk bawa saya ke tempat lain? Awak orang asinglah dalam hidup saya. Jadi syuh-syuh!" Aku lihat sinar mata merah Iqmal, terkejut. Marah.

Wajah Iqmal merah padam lagi sekali , mata itu mengecil pula. Kedengaran dia merengus lalu menoleh dan melangkah meninggalkan aku.

"Suka hati Azalealah nak pergi mana! Kalau si hampeh depan awak tu buat apa-apa pada awak saya takkan selamatkan." Dia terasa dengan kata-kataku umpama menghalaunya?

Mendengar kenyataan Iqmal, aku rasa sakit di dadaku bagai ada sesuatu mencucuk. Aku sedih?Entahlah...

Mata aku dan Encik Zakaria melirik susuk itu sehingga bayangannya menghilang. Kami berdua berdiri dan senyap tanpa sepatah perkataan.

Niatku mahu pergi, tapi bagiamana aku mahu pergi? Kesian pula kalau aku pergi begitu saja tanpa katakan sesuatu padanya. Aku terfikir sesuatu, lalu mengalihkan pandanganku pada si lelaki berambut ekor kuda itu. Saat aku tatap wajahnya matanya kelihatan sayu. Aduh, statusnya sahaja pembunuh upahan! Tetapi mukanya... kenapalah diciptakan dengan sayu, sedih dan kasihan semacam?

"Saya.. datang bukan nak jenguk kafe awak. Saya nak jumpa kawan saya. Err.. moga kita berjumpa lagi." Cepat-cepat aku melangkah pergi dan melepaskan diri daripada Encik Zakaria. Melangkah mengikut kehendak hati.

Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Waktu itu aku tak patut ikut kata hati aku. Menyesal sudah! Setelah aku sampai ke tempat yang hatiku turuti, aku melihat keadaan sekeliling. Sebuah tempat yang bertemakan zaman 60 hingga 80-an. Tempatnya macam pernah kulihat.

Ada bunyi lonceng berbunyi, mungkin bunyi pintu terbuka yang menandakan ada orang sedang melangkah masuk.

"Cik Azalea,"tegur satu suara. Aku menoleh kearah suara itu.

"Rasanya doa Cik Azalea diperkenankanlah, kita berjumpa lagi." Encik Zakaria mengukir senyuman. Aku tak tahu apa yang jadi pada diriku sekarang. Apabila melihat saja senyuman itu, bagai limpahan cahaya mentari memantul ke dalam tasik. Senyuman itu kelihatan berkilau!


:::for your information,Hati Dan Luka Part 2 telah diubah dan menjadi seperti yang diatas.Jikalau terdapat kesalahan tatabahasa,sila beritahu.sekiranya suka sila komen.sekiranya tak puas hati,komenlah juga agar saya dapat betulkannya!terima kasih kepada yang sudi membaca!Arigatougozaimasu!:::::::

Comments

  1. Setiap permulaan huruf selepas noktah dan koma mesti dijarakkan supaya karangan nampak lebih kemas dan senang dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh my..kusangkakan kakakku tak pernah baca blog ni o.o.
      Qila baliklah~~

      Delete
  2. Best....!! tapi agk kliru pd mula2nya... lme2 bru nmpak jln crita.... smbung lah k??? nk bce smpai abes...

    ReplyDelete
  3. AzniAteiy
    terima kasih atas komen awak.
    Tapi dalam masa ni saya tak boleh sangat nak luangkan masa dengan menulis sebab sibuk.Tapi insha'allah,saya cuba nak habiskan cerpen saya ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts