Teruskan Semula.


"Hujan lagi," keluhnya sambil mendongak langit yang dilindungi awan kelabu. Sejak kebelakangan ini, kalau dia mahu melangkah keluar daripada pejabat untuk pulang, hujan kerap kali membasahkan bumi. Diselak rambut yang terjuntai ke celah telinga lalu ditatap jam tangan, sudah pukul 6 petang. Oh tidak, pasti teman serumahnya akan bising! Kedengaran dentuman guruh membingitkan telinga itu membuatkan dia kaget seketika. 

   Tanpa rela, terpaksa juga dia meredahi hujan lebat kalau dia tak mahu mendengar leteran teman serumahnya. Dilindungi kepalanya dengan beg tangan, sebelum berlari meredah hujan dia mengira, "satu, dua, tiga!"

    Selepas sepuluh langkah dia berlari, tak semena-mena pula dia terlanggar tubuh seseorang yang mempunyai payung. Nasib orang yang dilanggar tidak jatuh, kalau tak pasti sudah basah. Pantas diangkat muka untuk melihat gerangan siapa yang dilanggarnya.

   "Maaf sangat... Rafael!?" 

   "Nita!? " orang yang dilanggar juga terkejut. Payung yang dipegang hampir terlepas. 

   Masing-masing terkejut. Melihat wajah yang sudah lama mereka kenali. Wajah yang pernah menjadi milik mereka dahulu. Mereka terpaku merenung antara satu sama lain. 

   Hujan yang menitis diselangi pula bunyi guruh berdentum menyedarkan mereka daripada terpaku di situ. Pantas si lelaki budiman memayungi gadis dihadapannya. Malangnya, dia pula ditimpa hujan. Untuk mendekati gadis dihadapannya serba-salah pula. Tapi kalau esok demam sebab main hujan, bagaimana?

   Akhirnya, dia mendekati gadis itu untuk memayungi gadis itu dan juga dirinya. Matanya tertumpu pada wajah gadis itu, sudah banyak berubah. Dia bertambah cantik. Rambutnya sudah panjang dan harumannya juga berbeza. 

   "Ermm.. apa khabar? Dah lama kita tak jumpa, Rafael. "si gadis memulakan bicara. Hanya dipandang sekejap lelaki itu kemudian mengalihkan mata ke tempat lain. Rafael, kau sudah sedikit berisi. Detik jiwa si gadis.

   "Baik, tak sangka kita boleh jumpa di sini. Awak kerja di sini?," dia mengulum senyuman tipis. 

   "Ya. Awak juga?"

   "Macam jodoh pula, samalah saya." dia mengusap-usap tengkuk. Segan. Tetapi lapan tahun lalu, jodoh bukanlah milik mereka. Terpaksa berpisah kerana tentangan keluarga. Tetapi bukan sebab itu juga mereka mereka berpisah..

   "Saya nak pergi dulu, balik."

   "Balik? Kita baru jumpa," gumam Rafael. Resah untuk melepaskan gadis itu sekarang.

   "Tapi dah pukul enam. Saya dah lambat, " Nita menunjukkan jam tangan. Menandakan dia benar-benar sudah lewat.

   "Awak hutang kemafaan dari saya," ucap Rafael. Sungguh-sungguh dia mahu berbual dengan Nita.

   "Hutang kemaafan?"

   "Awak tak minta maaf sebab langgar saya tadi."

   Kata-kata Rafael membuatkan dia ketawa. Istilah 'hutang kemaafan' itu ada ke? Sejak dulu lagi banyak istilah mengarut Rafael sebut. Sehinggakan ada yang tidak masuk akal. 

   "Apa yang lawaknya? Awak kena berbual dengan saya tau, " ucap Rafael tegas.

   "Baiklah," Nita mengalah. "Apa kata kita berjalan sambil berbual. Saya naik LRT."

  "Wah.. memang jodoh! Saya pun pergi sana."

   Nita hanya menggeleng-geleng.

   Lalu mereka berdua berjalan seiringan dibawah payung hitam Rafael. Rafael memerhatikan tingkah Nita yang sedang merenung hujung kerangka payung. Mata gadis itu melihat air hujan yang mengalir turun daripada hujung kerangka payung tersebut. Tingkah laku yang comel. Kalau hujan Nita selalu merenung air hujan yang mengalir turun dari bumbung.

   "Awak tahu Nita, sejak kita berpisah. Kenapa kita terus terputus hubungan? Bukankah dahulu kita dah berjanji takkan berpisah?"

    "Kalau keluarga tak suka lebih baik jangan teruskan. Lagipun itu cinta monyet, " Nita memeberi alasannya.  Tiba-tiba saja ada memori lama yang hinggap seketika di ingatan. Indah sungguh indah perasaan itu. 

    "Tapi kita dah bekerjaya, patut kita sambung semula?"

    "Jangan harap. Sejak putus dengan awak, saya lebih suka jadi solo."

    " Dah tak pernah cuba dengan orang lain? Kenapa? Masih sayang saya lagi?" Rafael memandang Nita dengan senyuman nakal.

   "Eii.. perasan."

    Rafael ketawa. "Sudah lama kita tak bergurau. "

    "Kalau saya tak pindah mesti kita masih bergurau-senda, bukan?"

   "Mungkin saja lepas SPM kita kahwin."

  "Sudahlah Rafael, dari kita jumpa lagi awak asyik usik saya," wajah Nita hangat. Geram juga dengan perangai Rafael. Rupa-rupanya tak pernah berubah langsung!

    "Maaf, " ketawa Rafael terus mati disitu lantas diucapkan maafnya.

    " Nasib saya seorang yang pemaaf. Apa-apapun, sejak bila awak di sini? Selama ni kita tak pernah jumpa pun?"

    "Saya baru pindah kerja dua bulan lalu. Tak sangka juga kota KL ni temukan kita."

     "Ala.. Malaysia bukan besar sangat pun," balas Nita.

    "Betul tu, ingat tak Omar Gemuk yang suka kacau kawan kau dulu? Aku baru jumpa dia minggu lepas, dia banyak berubah. Badan dia kurus! Tak sangka dia dah jadi model." ujar Rafael kagum apabila menceritakan rakan zaman remajanya dahulu.

     "Mesti ramai teman wanita, kan?"

     "Sudah tentu! Takkanlah perempuan tak mahu lelaki yang kacak bergaya macam si Omar tu. Kalau Nita tengok dia mesti tak mahu yang lain lagi."

      Nita ketawa mendengar gurauan Rafael. Rafael tersenyum melihat Nita ketawa. Perbualan mereka semakin diisi dengar warna memori zaman remaja mereka.

      Lama-kelamaan hujan hanya tinggal renyai sahaja. Perbualan mereka yang kelihatan mesra terus terhenti apabila stesen LRT sudah berada di hadapan mereka. Payung hitam yang memayungi mereka berdua dikatup perlahan oleh Rafael. Mereka berdua melangkah masuk ke stesen tersebut dan membeli tiket untuk ke tempat tujuan selepas ini. 

      "Saya terus Kuang. Rafael?" Nita menunjukkan tiketnya pada Rafael. Dalam hatinya, terasa sedikit berat untuk memutuskan perbualan mereka di sini. Sudah lama dia tidak mengingati kisah remajanya dahulu. 

     "Kuang? Saya juga! Kenapa semua sama saja?" 

      Mata Nita terbuntang. Seperti dia dengan Rafael sudah ada jodoh, fikir Nita. Nita tak membalas kata-kata Rafael tadi, dia hanya membisu sambil melangkah ke platform. 

       Melihat keadaan Nita sebegitu, Rafael berasa sedikit kecewa. Pada mulanya sewaktu dia bertembung dengan Nita tadi, Rafael bagai dapat merasakan yang mungkin sekrang dia dengan Nita aka kembali seperti dahulu. Persamaan yang dari tadi berlaku lagi menguatkan keyakinannya. Namun, sikap yang Nita lakukan tadi membuatkan dia berasa hampa. Bukan jodoh agaknya.

   LRT tiba di dihadapan  platform tempat mereka berdua berdiri. Pintu perlahan-lahan terbuka dan orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke dalam perut LRT.

    "Erm..saya masuk dulu,ya? Awak pergilah ke koch wanita. Er.. bye," melihat keadaan Nita yang senyap sahaja membuatkan Rafael mengambil keputusan  untuk melambaikan selamat tinggal pada Nita.

      Sewaktu Rafael melangkah, tiba-tiba sahaja Nita menggapai tangan Rafael dan menarik Rafael masuk ke dalam koch. Rafael dilanda kehairanan. "Eh, kenapa ni Nita?"

      Nita mengangkat wajahnya. "Apa kata kita teruskan semula?"

     "Huh? Teruskan semula?" Rafael bingung. Sewaktu dia menyebut 'teruskan semula' dia menyebut satu persatu seperti budak baru pandai membaca ABC.

      "Kita teruskan semula hubungan kita dahulu," Nita tersenyum. Begitu juga Rafael. Pintu sudah tertutup dan gerabak mula bergerak.


     

  

Comments

Popular Posts