Hati Dan Rahsia 5.


 
APA dia maksudkan Hanani milik dia? Bisik hati Irfan. Irfan mula merasakan bulu roma tengkuknya meremang. Sambil melangkah tangannya mengusap tengkuknya. Dia rasa seram sejuk. Dia berminat dengan Hanani ke? Sudah tentulah, Hanani cantik. Sudah tentu ada yang berminat dengam dia.

  Tapi cara lelaki itu cakap amat menyeramkan. Seperti mahu melakukan sesuatu yang tidak baik pada Hanani kesayangannya. Cara lelaki itu cakap pun sangat menyeramkan bila dia bergurau kononnya dia hantu penghisap darah. Ditambahkan lagi kata-kata lelaki itu amat jujur pada mata dan telinganya.

  Biarkan sajalah! Ke mana Hanani sekarang? Cadangnya mahu melangkah terus ke bilik pekerja yang tidak jauh dengan bilik mencuci pakaian. Tapi kepala asyik terfikir akan Hanani, terus dia menghentikan niat tersebut dan melencongkan langkahnya ke bilik 219, iaitu bilik Roman. Rasanya gadis itu pasti masih di situ. Fikir Irfan. Terdengar bunyi deruman enjin trak dari belakang . Irfan berpusing kebelakang, terlihat sebuah trak bergerak ke arah sama. Pasti trak itu mahu pergi ke tempat yang sama. Terus Irfan melambaikan tangan tanda meminta pemandu trak tersebut berhenti. Dia melompat masuk ke belakang trak. Kenderaan tersebut terus bergerak.

SEPERTI yang kita tahu, Pantai Suria Resort memiliki suku daripada kawasan Pulau Dahan. Terdapat lebih daripada 100 bilik yang disediakan untuk para pengunjung resort tersebut termasuklah kawasan yang paling jauh daripada Pantai Suria Resort kawasan mewah nan indah ini. Tempat yang  berada dekat dengan pantai ini terasing dari hingar-bingar pekerja mahupun pengunjung resort. Orang berada sahaja mampu untuk bersenang-lenang begini.
   Bersantai dengan berteman bunyi deru ombak yang damai. Angin laut yang lembut menyapa wajah. Terdapat lima bilik mewah di kawasan tersebut. Bilik mewah itu berhadapan dengan pantai. Salah satunya bilik bernombor 219. Dari luar rumah kampung berkayukan kayu jati bersama ukiran-ukiran indah Melayu. 
   Irfan terus naik dan menolak daun pintu. Dihadapannya kini  ruangtamu yang luas bertonakan putih dan kelabu. Angin luar dapat dirasai masuk melalui daun tingkap yang terbuka luas. Namun dia masih tak jumpa batang hidung Hanani. Irfan boleh agak gadis itu kini berada di mana. Jalannya dipanjangkan ke bilik tidur.

   Perlahan-lahan ditolak daun pintu takut Hanami perasan akan kehadirannya. Dijenguk kepala sebelum masuk Irfan terlihat sesuatu kemudian mengeluh.

   "Ya Tuhan? Kau dah kenapa.  Kita bekerjala.." Tegur Irfan. Hanani dilihatnya sedang enak terlantar di atas tilam empuk  yang berada di tengah-tengah bilik tidur.

    Hanani terkejut lantas mendongak. Irfan sudah bercekak pinggang. Gadis itu tersengih-sengih. "Fan, sinilah seronok atas tilam ni. Empuk!"

     "Kalau Tuan Jamal nampak. Kau fikir apa dia kata nanti?"

     Berkerut masam Hanani bila Irfan tidak mahu melayannya. Terus perempuan itu bangun. Kemudian menarik-narik cadar bagi menunjukkan kekemasan cadar tersebut.

     "Bagus tak ni?"

    Irfan menggangguk. Lalu tersenyum.

   "Apalah kau ni. Orang nak jugak merasa macam mana jadi orang kaya."

   "Tapi kau kerja Hanani."

   "Eh, dah macam pembantu Tuan Jamal pulak dia ni." Sengaja dijentik kejengkelan Irfan.

   "Suka hatilah apa kau nak cakap." Irfan menyilang tangan ke dada. Geram jugak aku dengan minah ni.

   Tiba-tiba Hanani mengeluh berat kemudian merebahkan punggungnya ke tilam. Muka Irfan berkerut. Sudah penat dibetulkan cadar tu dia duduk balik?

   "Macam mana dengan Roman tadi? Tahu apa urusan Roman dengan Tuan Jamal?" Gadis itu berpaling memandangnya tak pula menunjukkan raut masam tadi.

   "Er.. aku kena halau lepas hantar Roman."Irfan mengunggkapkan perkara jujur.

   "Macam tu pulak?"

   "Apa-apa jelah, tak mahu aku fikir pasal Roman tu."

   "Satu hari nanti, aku akan tidur kat dalam bilik ni. Bilik yang empuk dann selesa berlatarkan bunyi  ombak." Ucap Hanani tiba-tiba mengubah pokok perbualan mereka. Menceritakan tentang angang-angan.

    Irfan dilanda kehairanan. Kenapa secara tiba-tiba gadis itu cerita pasal angan-angan pula ni?

   "Sudah tentulah Hanani nanti dapat tidur kat katil ni. Hanani kan pandai?"

   "Kalau pandai kena juga berusaha. Masuk ke menara gading yang bagus. Belajar sungguh-sungguh."

   "Keluar dari menara gading tu, Hanani dapat kerja besar-besar. Dapat juga tidur kat tilam empuk ni." Irfan menambah. Beruntung jadi Hanani. Dia bijak dalam pelajaran. Hebat dalam kata-kata. Gadis ini harapan ibu bapanya. Harapan masyarakat kampung mereka. Harapan Pulau Dahan.

    "Tapi semua tu, kena ada duit."Ucap Hanani perlahan dan itu menyebabkan Irfan lagi terpinga-pinga.

   Irfan membuka mulut, namun belum sempat dia mengeluarkan suara, kedengaran bunyi bising di luar bilik mereka berada. Serentak mereka bergerak, keluar daripada bilik tidur. Rupa-rupanya sang Roman sudah tiba ke biliknya.

    "Ucap dekat Tuan Jamal kamu tu terima kasih." Roman bersuara kearah lelaki yang telah membawanya ke sini. Drebar SUV itu sekadar mengangguk kemudia keluar seketika. Mata Roman melilau ke seluruh bilik yang telah disediakan untuk dirinya. Dia agak kagum juga melihat segala-gala yang ada di situ. Suite yang dia tinggal kini memang patut dapat taraf lima bintang!

   "Roman sudah sampai rupanya!" Sergah Hanani dalam nada ceria.

   Roman berpaling kearah suara ceria itu. Terus meleret senyuman lebar.Gembira bila melihat Hanani. Kelihatan Irfan berada di belakang Hanani. Wajah pemuda 16 tahun itu mencuka. Dia cuba menghadiahkan senyuman pada Irfan, namun dibalas dengan jelingan. Geram pula rasa hati si Pensyarah muda dari luar negara itu.

    "Apa kata Roman lihat tempat ni?" Hanani meminta pendapat Roman.

   "It's really great!" Ujar Roman dalam kekaguman. Irfan yang mendengar bingung, apa maksud lelaki tu?

   "Yes, you should see the bedroom. It have beach window." Balas Hanani dalam bahasa asing itu juga.

    "Wow, your english is really good. I thought Tuan Jamal is the only Dahan Island's people good with it." Hanani tersipu dipuji begitu, wanita itu mengucapkan terima kasih.

   Irfan walau sekejap mendengar perbualan itu, berasa bengang. Tahulah dia bahasa Inggeris dia tidak sepetah Roman dan Hanani. Tidaklah semahir mereka berdua. Mereka cakap pasal akukah? Kutuk tentang akukah? Atau mereka mengungkapkan kata-kata cinta tanpa dia langsung tak faham? Bukan keadaan sebegini  kurang hormat?

    "Baiklah.. sepatah haram aku  tak faham apa yang cuba korang dua cakap. Aku minta diri dulu." Terus Irfan menyampuk seraya melangkah keluar dari suite ini. Roman dan Hanani kaget.

   "Er.. kawan Hanani ni memang selalu macam tu ya? Kalau dengan saya marah sungguh." Tanya Roman.

   "Selalunya tak begitu. Dia dengan orang lain memang jaga adab dia." Nyata Hanani. Agak berbohong.

   "Macam tu pulak?" Roman membalas dengan riak muka agak terkejut.

   Hanani yang melihat riak tersebut hanya ketawa kecil. Dia boleh rasa yang Roman fikir layanan Irfan pada dia memang tidak adil. Tapi itulah Irfan, Hanani pun tidak tahu sebab Irfan begitu.

"BERLAGAK cakap Inggeris. Ceth, tahulah aku ni tak pandai." Gumam Irfan. Membebel pada diri sendiri. Langkahnya terhenti di depan pintu, deru ombak dan sapaan bayu laut dia dapat dengar dan merasainya. Geram yang dalam dada lega sekejap. Kalau tidak dia kenang akan ciptaan Tuhan yang kecil namun hebat untuk perasaannya kini pasti sudah lama dia menyepak tempayan besar di kiri kanan pintu ini.

  Matanya tertumpu pada kereta SUV di depannya kini. Itu kenderaan yang mengambil Roman tadi. Irfan perasan pemandu SUV itu sedang mengeluarkan sesuatu daripada bonet. Perlahan-lahan Irfan bergerak mendekati pemandu tersebut. Mahu mencuri lihat apa yang sedang dikeluarkan oleh pemandu daripada bonet. Kelihatan seperti pemandu tersebut tidak menyedari kehadirannya.

  Riak wajah Irfan berubah. Apa yang dilihat membuatkannya kaku seketika. Kenapa si drebar ni memegang botol arak yang ada dalam beg bimbit? Tiga botol arak pulak tu! Untuk siapa arak tu? Jangan-jangan si Roman? Banyak prasangka buruk datang pada Irfan. Si drebar itu membuka gabus botol arak tersebut. Tandan dahi Irfan berkerut. Eh, merahnya arak tu. Kata hati kecilnya saat melihat betapa warna yang berada pada penutup gabus itu warna merahnya seperti warna darah. Jangan kata,  Belum Irfan habis perhatikan si drebar tiba-tiba..

   "Irfan, suka sangat buat muka masam! Roman tak sukala.." Irfan tersentak tatkala Hanani secara tiba-tiba keluar. Kalau Irfan terkejut, drebar itu lagi menggelabah. Cepat-cepat si drebar itu menyelesaikan  tugasnya.

    "Hah?" Irfan berkalih kebelakang, memandang Hanani dengan muka terkejut.

    "Tak eloklah layan pengunjung pulau macam tadi."Tegur Hanani lagi. Irfan tak berkata apa-apa, lelakii itu bingung sekejap, Keluar pula Roman dari bilik. Kebingungan Irfan serta-merta hilang. Oh, pasal si Roman ke?

    "Saya baru datang dekat sini tau. Saya pun tak tahu adat dan cara orang kat sini. Minta maaflah kalau saya ada buat silap." Ucap Roman berterus terang. Ini sajalah langkah terbaik untuk menghubungkan hubungan dengan Irfan. Jujur Roman akui, Irfan dan Hanani sangat menarik perhatian. Roman menghulurkan tangan.

    "Eh?" Irfan pelik. Dahinya berkerut. Untuk apa hulur tangan? Maksud Irfan pada mereka dengan persoalan pendek tadi.

    "Sebagai tanda berdamai." Balas Roman.

    "Oh.." Irfan berfikir seketika. Untuk apa aku berdamai dengan lelaki ni? Tapi macam tak adillah. Bisik Irfan. Dia mengalihkan pandangan kearah Hanani. Wajah gadis yang dia sukai secara senyap memandangnya dengan penuh mengharap. Roman Romeo ada sokongan.

    "Saya... tak suka korang cakap bahasa yang say tak faham depan saya." Ucap Irfan. Disambut huluran Roman serta-merta mereka berdua berjabat.

    "Ha.. kan bagus macam ni."Ucap Hanani gembira. Namun lihatlah pula wajah Irfan, cemberutnya dikaburkan dengan rasa gembira yang palsu. Roman dengan gembiranya berjabat. Ini baru langkah pertama.

   "Er.. boleh tak 'saya-awak' tu tukar jadi 'aku-kau'? 'Saya-awak' macam peliklah.." Cadang Roman.

   Permintaan Roman membuatkan mata Irfan mengecil. Kau dah kenapa?

   "Encik Roman." Tegur si drebar SUV memanggil Roman. Tangan yang berjaba tadi terus terlerai. Mata semua memandang si drebar.

   "Ada apa?"

    "Ini, Tuan Jamal bagi." Diberikan beg bimbit kepada Roman. Roman mengambilnya tanpa banyak soal. Kemudian tersenyum. Irfan perhatikan saja beg bimbit tersebut bertukar tangan. Hatinya sudah berdetak perasaan yang tidak enak. Meremang pula bulu tengkuknya. Irfan mengusap tengkuk, kalaulah ada  orang tahu apa yang ada di dalam beg bimbit. Pasti mereka akan merasai apa yang dia rasa sekarang. Roman ini menyeramkanlah orangnya!

   "Apa dalam beg tu?" Tiba-tiba Hanani bersuara. Ingin tahu apa yang ada dalam beg ini.

   "Oh.. ini urusan perniagaan antara saya dengan Tuan Jamal. Sangat peribadi" Jawab Roman dengan senang. Lelaki itu memeluk beg bimbit itu kemudian ditepuk dua kali. Seolah-olah apa yang ada di dalam beg bimbit itu sangat beharga.

    "Baik.. Hanani takkan tanya lagi."

   "Thank you. I really appriciate that." Ucap Roman daan menundukkan kepalanya seketika. Menunjukkan betapa lelaki itu dengan budiman menghargai perkara itu.

    Irfan tiba-tiba  batuk. "Maaf, bahasa apa tu?" Dia mengingatkan Roman.

    Roman ketawa menutup rasa bersalah dia. "Maaf. Salah aku."

   "Baiklah, urusan aku dan Tuan Jamal sudah selesai. Aku dapat jumpa bilik  yang memang jauh dari pejabat Tuan Jamal dan aku dapat dua rakan yang tinggal di Pulau Dahan ni. Wah, percutian yang menarik kali ni." Luah Roman dengan senang hati. Ditarik nafas lega. Siapa tak suka bila mana segala urusan penting sudah selesai dan perkara terakhir adalah percutian di sebuah pulau yang boleh tahan hebatnya?

    "Hmm.. kami pergi dulu. Roman nikmatilah percutian Roman di Pulau Dahan." Ucap Hanani mewakili dia serta Irfan untuk meminta diri dulu.

   "Okay... kerjalah baik-baik demi meningkat nama Pulau Dahan ni." Roman mengangkat tabik. Kemudian mereka berdua teus masuk ke dalam perut SUV. Si drebar menghidupkan enjin dan terus meninggalkan Roman bersama beg bimbit yang dipeluknya.

    Irfan perhatikan lelaki itu menggunakann cermin belakang pemandu. Perasaan tidak enak itu kian menumbuh dalam hatinya. Ya Tuhan.. adakah benar apa yang bersarang dalam benak prasangkanya kali ini? Lindungilah kami..  Doa Irfan dalam hati. Matanya berkalih pada pemandu di depannya. Kalau pemandu ini serahkan beg bimbit itu sebab Tuan Jamal memang sah Tuan Jamal ada kaitan juga. Duga Irfan.

DARI jauh diperhatikan kenderaan SUV itu bergerak sehingga bayang kenderaan itu turut menghilang daripada pandangannya. Perlahan-lahan Roman melangkah masuk ke bilik mewahnya. Dia tersenyum memikirkan sesuatu, kenapalah Hanani begitu mudah tertarik dengan diri dia? Gadis itu sungguh bijak. Tapi kenapa?

   Diletakkan beg bimbit ke keatas meja. Dikeluarkan salah satu botol wain lalu dibelek-belek. Ditanggalkan gabus daripada mulut botol tersebut. Gelas goblet yang sudah tersedia dia situ diambil.
 
   Tatkala dituangkan isi botol ke dalam goblet. Terlihat cecair merah pekat. Sudah tentu apa yang diduga Irfan dari tadi benar. Apa yang ada di dalam botol ini adalah darah. Darah yang menjadi ruji buat mereka yang seperti Roman. Dihirup darah merah tersebut. Terdapat kesan darah di bibir atasnya terus dijilat bibir. Gembira dan berpuas hati dengan apa yang dia dapat. Dirinya sangat menikmati minuman tersebut. Bekalan darah jenis yang diteguk ini amat terhad.  Berbaloi juga dia lakukan tugas yang mudah ini. Fikirnya sambil menyanyi kecil.

writer's note: memandangkan chapter ni tersimpan kemas dalam blog lebih baik post kan. Terima kasih pada yang sudi melawat blog Leto Hadar :)

 

   

Comments

Post a Comment

Popular Posts