Titip Dari Dia

Dari setiap patah yang terluncur
Kau dengarkanlah
Aku ucap
Untuk kau
Aku pesan
Untuk hatinya
Ia bencana mungkin bahagia
Demi dia yang ku cinta

Di sisinya bila suria tiba
Temannya kala sepi
Pengubatnya kala lara
Tongkatnya tika patah sayapnya

Kutolak setiap kata bila kosong janjimu
Apa nilai mu bila mengalir airmatanya
Apa yang kau janji itu yang ku percaya

Dengarlah
Apa yang aku cuba titipkan,
Dia umpama permata bagiku
Racun dan madu
Tawa dan tangis
Segala-galanya buatku

L.H.




Comments

Popular Posts