4 Cups of Coffee. 4





Image result for tumblr coffee




“SO you Oliver. Kerja apa sekarang?”
  “Er.. freelancer.”
  “Freelancer? Freelance apa?”
  “Creative design.. actually majoring dalam civil.”
  “Civil? Kenapa lari jauh sangat?”
  “Jiwa kacau.. stress sangat kerja dua tahun lepas. Ini bukan benda yang aku suka. Hati aku cakap kat aku ‘Oliver kau patut berhenti, keluar tengok dunia.’ Jadi aku pergi keliling Asia ni.”
  “Kayanya kau Oliver dapat cuti.”
  “Aku habiskan semua saving aku.”
  “Gila!” Ternganga mulut Meor Salih mendengar hidangan cerita seorang lelaki bernama Oliver.
  “Memang gila. Selepas setahun, balik sini aku pokai. Ambil dua kerja dalam sehari. Then, sekarang cuba design sambil tu jadilah waiter kat Starbucks hujung rumah sewa kita nanti. “
  “Mesti susah.”
  “Tak susah. Aku seronok. It was fun! Kau patut buat, like seriously. Aku harap kau join.” Pemuda itu dalam keterujaan menceritakan pengalaman dia yang tak seberapa. Senyum langsung tak tertanggal dari wajah. Daripada fiil yang Meor Salih lihat pada pemuda disebelah dia, Meor Salih tahu Oliver seorang yang sangat aktif dan positif. Bila digabungkan, hyper-positive.
  Tandan dahi Meor berkerut kemudian menggeleng-geleng perlahan. “Tunggu ekonomi aku kukuh dulu baru aku boleh buat.”
  “Kau kerja apa pulak?”
  “Baru dapat tawaran dekat Blueprint Firm.”
  “Yang bawah Syarikat Oktober tu ke?”
  “Pernah kerja situ ke?”
  “Eh, taklah. Cuma pernah dengar. Lagipun siang tadi baru terbaca dekat surat khabar nama Blueprint Firm.”
  “Kenapa masuk?” Meor Salih mula risau. Jangan firma tempat dia bekerja itu ada skandal sudah.
  “Alaa.. puji perkhidmatan yang ada dekat situ. Kau patut bangga dapat bekerja dekat tempat yang ada nama macam tu.”
  “Okay..ingat kan apa tadi.” Meor Salih tergelak kecil. Melepaskan kelegaan.
TOK! TOK! TOK!
    Serentak dua pasang mata teralih pada bunyi ketukan cermin tingkap. Kelihatan ada seorang wanita berbadan besar dalam awal lima puluhan memerhatikan mereka berdua.
  “Aunty Jua!” Jerit Oliver. Riang. Terus pemuda itu keluar dari Mini Cooper Meor Salih dan menerpa memeluk wanita bernama Aunty Jua.
  Meor Salih tersengih tengok telatah keanak-anakan Oliver. Dia turut keluar menghampiri  mereka berdua.
  “Look at you Oliver. Sudah besar panjang. Dulu gemuk ada pipi pau, sekarang kurus pun ada pipi pau jugak. Ini yang Aunty rindu..” Mendengar suara Aunty Jua mengingatkan Meor Salih pada isteri Phua Chu Kang
   Terbuntang mata dia tengok  jari-jemari Aunty Jua yang sudah dirias kuku panjang dengan warna merah menyala mencubit kedua belah pipi Oliver. Boleh lagi Oliver tergelak-gelak manja. Walau hakikatnya yang Meor Salih lihat jari Aunty Jua mencubit tapi dia dapat rasakan kuku merah menyala itu yang mencubit! Ouch!
  “Untuk pengetahuan Meor, Aunty Jua ni mak angkat aku.” Ujar Oliver. Tangannya mengosok-gosok pipi yang sudah merah.
  “Oh… “ Barulah Meor Salih faham mengapa pemuda dihadapannya seperti keanak-anakan.
  “Ikut kereta hitam tu tau.” Ditunjukkan sebuah kereta hitam yang tidak jauh daripada mini cooper Meor Salih. Meor Salih sekadar mengangguk lalu wanita separuh umur itu menuju ke haluan dia. Meor Salih dan Oliver kembala masuk ke dalam mini cooper untuk bergerak menuju ke rumah sewa mereka.


  “Kerja kat mana Kiran?” Soal Jay. Mereka berdua di dapur. Jay sedang menenggek air manakala Kiran pula duduk di kerusi yang terdapat di bar.
  “KPJ Damansara.”
  “Doktor?”
  “A’ah. Baru habis houseman.”
  “Owh.” Sepatah itu Jay membalas. Tangannya mengetuk-ngetuk meja, bibir terkumat-kamit seperti mahu luahkan sesuatu walau hakikatnya tidak. Dia dalam keresahanan, resah kerana pemuda dihadapan Jay ini adalah anak saudara Aunty Jua.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.


Then I'm stop writing this about this 4 guys aaand its only 4 chapters. Just like other stories. Hahahaha.  I know, I'm sorry. Im reallyreally sorry.

Not because I dont know what will happen to them. It just the spark that I had when started writing this about this guys is gone. Gone like the wind. That also happen to Hati dan Rahsia and Hati dan Luka. 

Its not I dont know what will happen to them. I know. Im waiting the 'sparks' come to me. Sometimes when I reread this guys again, I write a  little. Same as goes to my Irfan and Roman. Huhuhu 

I dont know how other writers can write their stories non stop. They amaze me. *clapclapclap*  They have amount of passion and discipline that really amaze me.

I really need to find the passion and  the discipline. Oh Lord, help me.

While I'm trying to find it. I'll post another stories and idea that I wrote when i'm gone this 2-3 years.  

Amuse-toi bien!  :)
.
.
.


By the way, this is what I had in my mind with what happen to them. The story much more focus on Meor Salleh and Jay actually.
.
.
.
.


“Tak sayang nyawa ke?” Jay tak berfikir panjang mengambil punting rokok dari tangan Meor Saleh. Terus dpatahkan dan dibuang ke tong sampah.
  Kening Meor Salih terjungkit, mulutnya terjuih. Tindakan Jay betul-betul mencabar kesabarannya. “Jay, wtf?”
“Woahh, tak pernah pulak  kau mencarut.”
“Aku cuba tenangkan diri aku ni. Kalau kau patahkan rokok aku lagi sekali, better kau pergi solat taubat dulu sebab aku nak humban kau kat balkoni ni!”
“Ini pasal Su tu ke?”
“Macam mana kau tahu?”
“Pekerja senior ada nampak kau keluar dari ofis Su tu. Nampak, scandalous. Tak sangka pulak Meor Salih yang soleh ni perangainya begitu. Kau patut sedar dia isteri bos kita”
“Su tu bekas teman wanita aku.”
“Macam mana korang kenal?”
“New Zealand. Aku belajar kat sana.“
“Dari situlah bermula?”
“Lebih kurang.. tapi dia jumpa orang lain. Lagi baik, lagi sempurna kaki dia dan  tinggalkan aku.”
“Kenpa dia nak kat kau balik?”


==================


“Aku mintak maaf, Jay. Aku tak boleh.”
“Kenapa pulak? Kita lagi dua minggu…”
“Biar aku jujur satu benda pasal aku.”
“Apa dia?” Kali ini apalah alasan wanita di hadapannya sekarang. Dia benci aku? Sudah tentu dia benci aku, tapi benci Lynn Hanani benci yang wanita itu boleh bertolak ansur.
  “Kau pernah cakap, dekat rumah ini kau nak enam anak.”
  “Kau tak nak ada anak ? A..aku okay. Kau tak nak anak, kita boleh bela kucing. Kalau nak bela beruang panda pun aku sanggup import dari China semata-mata untuk kau.”
  “Aku tak boleh mengandung.”
  Jay terpenpam.
  “Kalau abang Meor hilang kaki sebelah kanan dia waktu kemalangan. Aku...” Lynn Hanani tak berkata apa-apa. Wajahnya tertunduk.
  “Kita boleh ambil anak angkat.”
  “Macam mana dengan mak kau nanti? Dia tetap nak anak dari darah daging kau. Apa orang lain akan kata?”
  “Pedulikanlah apa orang kata! Ia Cuma anak! Rezeki. Biasalah ada aje orang yang taka da anak.  Mereka ambil anak angkat. ”
  “Manusia Jay, kita akan tetap kalah dengan apa orang kata.”
  “Lynn Hanani… aku sayangkan kau.”
  “You have nothing to lose Jay.”
   “Nothing Lynn?”
  “And I have nothing to lose if i Ieft.”
  “Macam tu aje kau nak tinggalkan aku?"
  "Thats how you left other girls right? Does it?"
.
.
.

Comments

Popular Posts