Cerpen:Hati dan Luka Part 1


4 bulan,9 hari dan 12 jam.Oh ya dan tinggal 35 minit ,7 saat..6..5...Aku mengira-ngira dengan jemariku.Aku terdiam seketika..lalu mengulum senyuman,entah mengapa terasa lucu pula.Mengira detik-detik yang tinggal untukku sebagai seorang pesakit Leukemia.Kemudian aku mengangkat muka,menatap diriku di cermin solek.Wajahku yang putih mulus sudah disolek indah dan diriku pula tersarung baju pengantin yang serba putih.

Jika diperhatikan diriku ini,sudah pasti orang akan memikirkan aku akan menikahi seorang lelaki nanti.Ya,aku akan membuat satu langkah besar yang akan mengubah hidupku.Memilih untuk bersama dengan seorang lelaki yang ku pilih sebagai pasangan dalam hidup.Namun yang lucunya,aku seorang penghidap leukimia yang hanya ada beberapa bulan saja untuk hidup..kemungkinan beberapa minggu atau beberapa hari.

 Setiap makhluk Tuhan,diberikan pilihan untuk melalui titian kehidupan yang singkat ini.Apabila kita pilih yang lurus jalannyaa,pasti kita akan menemui kebahagiaan yang hakiki.Jika kita melangkah ke laluan yang beengkak-bengkok,pasti sebaliknya akan berlaku.Lalu menyesal kemudian berharap mampu memutarkan kembali roda masa ke belakang.

 Bila mengimbas kembali,mungkin sebab itu aku mengawini seseorang.Aku mengawini dia kerana aku mahu

dia temankan aku untuk sepanjang hayatku.Namun,mana mungkin untuk menipu diri sendiri,mungkin saja aku mahu membalas dendam.Membalas dendam atas kesalahan yang 'dia' lakukan kepadaku dulu.

MALAM semakin gelap,suhu yang takat 19 darjah celcius kini semakin menurun ke 16 darjah.Aku yang berbaju sejuk memeluk tubuh kerana sudah tidak menahan kedinginan.Walaupun aku jenis yang tidak tahan akan sejuk dan takut dengan gelap,aku masih tetap sabar menunggu.Walaupun aku berat untuk  berada di tengah hutan seperti yang di mahukan,aku tetap mahu bertemu dengan dia!'

Aku menatap lagi sekali kertas yang tercatat beberapa patah ayat,"Meet me at Brinchang's Forest ...6 o'clock"

Tapi sekarang sudah pukul 8 malam!Mananya lelaki itu?Menyesal rasanya apabila mengikut kata hati sendiri.Kendatipun,aku banyak bertentang mata dengannya namun tidak pernah sepatah perkataan pun terdengar untuk menyimpulkan satu hubungan.

Dalam sepi berada di hutan,aku mengimbas kembali apa yang telah terjadi pada diriku,meninggalkan Brinchang dan nenek keseorangan selepas SPM untuk mencari kerja di kota raya Kuala Lumpur dan setelah berusaha,akhirnya bekerja sebagai pustkawan saja.Gajinya masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan kolej,jadi aku menangguhkan impianku untuk mengumpul wang.

Selepas lima tahun berlalu dan hampir tercapai impian aku tiba-tiba aku diberitahu bahawa aku penghidap leukimia,masa depan aku kelihatan gelap!Tiada bayangan,tiada cahaya dan tiada langsung satu kerlipan sinar harapan pun untukku mencapai segulung ijazah.

Hati aku begitu hancur sekali,tidak tahu apa yang harus aku lakukan samada meneruskan langkah menggulung ijazah atau kembali saja ke Brinchang untuk meneruskan hidup dengan sisa masa yang tinggal.Jika aku meneruskan langkahku,aku sekadar tinggal enam bulan jadi apa gunanya?Lantas aku membuat pilihan,kembali ke Brinchang tinggal dengan nenek dan meneruskan kehidupan dengan sisa masa yang tinggal untukku.

Setelah berada di sini,nenek pula berleter memanjang memberi 'taklimat' setelah lima tahun aku tidak menjenguknya.Sejak aku pulang,tidak pernah aku beritahu padanya tentang situasi diriku sekarang.Sebab aku tidak mahu dia tertekan dan bersedih dengan keadaan diriku.Jadi biarlah aku menjadi si tunggul kayu yang bertelinga kuali dan sedang bersedih dengan nasib yang menimpa diriku sendiri.

Aku mula menjinak-jinakkan diriku dengan dunia luar setelah dua minggu terperap di rumah bersama dengan leteren nenek.Apabila petang aku akan keluar pergi ke sebuah kafe,Villa's Cake.Meskipun kelihatan begitu gah namanya,namun pelanggan hanya datang beberapa orang saja.Tetapi apa yang membuatkan aku mahu ke sru lagi-lagi terdengaritu ialah secawan kopi.Rasa pahit dan manis kopi itu tidak pernah mengecewakan aku.Kopi itu umpama kehidupan aku,pahit memang pahit tapi pasti ada kemanisannya.

"Azalea Azka..."suara seorang lelaki memanggil namaku.Aku pasti itu dia namun yang peliknya,bagaimana dia tahu siapa aku?

"Ah..ya saya?"aku toleh ke kanan dan kiri.Tiada sesiapa yang berada di hutan nan gelap in i padahal suara lelaki itu aku dengar.

"Kenapa Cik masih di sini sedangkan sudah lewat pukul lapan?Tak bahayakah?"suara yang sama mengujarkan soalan.Namun aku masih tidak nampak sesiapapun.Adakah dia mahu bermain-main dengan aku?

"Awak mahu jumpa saya.Sebab itu saya tunggu.."Lelaki ini yang buat aku mahu tunggu lebih sejam di hutan ini!Bila aku kerap datang ke kafe Villa's Cake untuk menikmati secawan kopi.Aku menyedari ada seorang lelaki,duduk di satu sudut dan jauh daripada tarikan pandangan orang duduk dan perhatikan saja gerak geri setiap pelanggan mahupun pekerja yang berada di Villa's Cake.Sungguh aku mengesyaki dia lelaki yang tidak baik.

BIla aku menanyakan pada Encik Zakaria,pemilik Villa's Cake yang suka mengikat ponytail pada rambut panjangnya itu sekadar menjawab,"Lelaki itu pelanggan tetap.Memang suka perhatikan orang"

Jawapan yang diberikan sungguh tidak memuaskan hatiku.Jika mengambil ringan dan menganggap sesuatu perkara itu sesuatu yang remeh-temeh pasti padahnya amat buruk lagi-lagi sudah banyak kejadian pencerobohan dan kehilangan nyawa pada masa sekarang disebabkan sikap memandang ringan.

Ketika aku di Villa's Cake waktu itu ,aku berkalih ke arah lelaki itu untuk melihat samada dia masih meliarkan pandangan pada orang lain atau tidak.Ternyata memang ya,rupanya-rupanya dia sedang memerhatikan aku.Tatkala itulah mata masing-masing bertembung.

Daripada pandanganku,mata lelaki itu membuatkan syak wasangkaku terhadap dia mengikis dan terus menghilang kerana dia mempunyai wajah orang tidak bersalah(innocent).Ketika itu,hanya mata kami saling bertaut dan detik-detik yang sedang berlalu seakan berhenti.Waktu itulah aku merasakan satu perasaan aneh sedang menyelinap masuk ke mata lalu turun ke hati dan seterusnya mengalir ke seluruh urat darah.

Kerana agak lama aku tatap matanya,aku meneliti iris matanya yang hitam mulai berubah bewarna merah dan kemudian kelihatan bercahaya.Aku tersentak dan waktu itulah mata masing-masing lari ke tempat lain.

Aneh,matanya bewarna merah.Siapa lelaki itu?Baru saja aku maahu membuang curiga dalam hati.Kemudian matanya...Siapa dia?Aku berkalih ke arah lelaki tadi lagi sekali,dia hilang di tempat duduk dan didapati tergesa-gesa meningalkan kafe ini.Segera aku bangun,meletakkan wang ke meja kemudian pergi untuk mendapatkan lelaki misteri itu.

Malangnya,aku tak sempat untuk menegurnya.Tatkala aku hampir untuk mendapatkannya aku dilanggar oleh seorang lelaki.Aku terjatuh dan langsung tidak dibantu lelaki yang melanggar aku.Aku bangkit sendiri dan perhatikan kawasan sekitar,dia sudah lenyap pada pandanganku.

Selepas kejadian itu,aku lebih kerap ke situ.Menunggu lelaki bermata merah itu untuk mengetahui siapa  dia.
Namun,bila datang pada petang mahupun malam,dia sudah tiada di situ.Sehinggalah petang tadi,Encik Zakaria memberi sekeping nota kecil kepadaku.'Meet me at Brinchang's Forest ...6 o'clock'

"Lelaki yang awak tanya hari tu suruh saya berikan nota ini pada awak,"Encik Zakaria tidak memandang diriku sewaktu berkata-kata.Wajahnya kelihatan merah seakan-akan sedang marah,tekanan kerja agaknya.Tapi pelanggan sekadar beberapa orang saja,tapi Encik Zakaria saja yang mengusahakan kedainya.

"Dia tu?"aku masih terpinga-pinga waktu itu dan terbayang di mataku mata merah nan bercahaya itu.

"Ia.."kemudian Encik Zakaria meninggalkan aku.Kemungkinan sibuk,maklumlah hujung minggu walaupun kafenya tidak mendapat sambutan.Dan sekarang..

"Cik ni memang wanita berani"pujinya dalam sinis.

"Apa maksud encik?"pujiannya ada yang tersirat di situ.

"yalah,saya bukan sebaik yang disangka-sangkakan."

"Saya nak tanya sesuatu,kenapa iris mata awak warna merah pada hari tu?"

Selepas aku bertanya tadi,terus tiada balasan dan senyap dilatari bunyi cengkerik sedang bernyanyi-nyanyi.Aku mencebik geram,sah dia mahu bermain dengan aku!

"Hei,lelaki tak guna!Berani encik main-mainkan saya?Kalau kita jumpa nanti siaplah!"luah aku sehingga menyebabkan suaraku memantul-mantul di hutan tersebut.Aku menarik nafas lega selepas melepaskan amarahku,bukan senang untuk buatku marah.Tetapi sikap manusia yang suka melanggar kata-kata sendiri memang pantang buat aku.

Aku berpaling ke belakang kerana jalan keluar berada di belakang,sewaktu melangkah tiba-tiba wajah seorang lelaki dengan mulut menyeringai berada rapat dengan wajahku.Aku terkejut dan terduduk ke atas tanah.Tapi apa yang menambahkan kejutanku,mulutnya yang menyeringai kelihatan jelas gigi taring.

"Cik Azalea..Cik dah jumpa saya.Jadi apa cik nak buat pada saya?Saya dah bersiap sedia dah ni.."ujarnya dengan renungan tajam dan senyuman sinis.Dia bukan permain-mainkan aku tapi mahu perangkap aku!Ketakutan sudah menyusup datang pada diriku.

"Siapa encik?Encik bukan manusiakan?"soalku sambil mencari peluang untuk melepaskan diri.Dia mendekati aku namun aku terengsot-engsot kebelakang untuk menjauhi dia.

"Kalau dah tahu kenapa masih datang?Ibu bapa Cik tak pernah ajarkan Cik supaya menjauhi orang yang tak dikenali?"soalnya.Sewaktu aku meraba-raba tanah untuk mencari sesuatu yang  boleh dikadikan senjata ,tanganku tersentuh seketul batu besar yang ada bucu-bucu tajam.

"Ibu dan ayah saya dah lama mati!"Apalagi..waktu itu aku cepat bertindak,melemparkan batu besar itu ke arah kepalanya dan dia terjatuh.Pada waktu yang sama aku bangkit bangun untuk memboloskan diri.Tidak kisahlah jika dia matipun disebabkan lemparan batu besar olehku asalkan aku selamat!

Sedang aku berlari,aku sempat menoleh.Aku sedikit lega kerana lelaki itu tidak megejarku.Namun,kelegaan itu terhenti apabila,kakiku tersandung pada banir akar kayu lalu aku tersembam ke tanah.Aku mengetap bibir cuba kutahan kerana tiada masa untuk terpekik terlolong  dengan kesakitan itu.Kenapalah aku terpengaruh dengan mata lelaki itu?Perasaan itu?Jikalau tidak perkara ini tak mungkin berlaku!Aku harap dapat putarkan kembali masa!

Tak ia sudah terlambat!Lebih baik mengharapkan ada penyelamat muncul di depan mata!Dan waktu itulah,tiba-tiba tanganku ditarik seseorang supaya aku bangun.Aku tidak percaya kerana doaku dimakbulkan oleh Allah!Syukur Ya Rabbi!

"Cik cepat bangun,nanti dia datang!"

Suara itu,seperti aku pernah dengar,takkanlah..Aku dongakkan kepala walaaupun pandanganku samar dan gelap kerana  malam namun aku dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu.Rambut yang di ikat ponytail."Encik Zakaria!Apa Encik Zakaria buat di sini?"kataku dalam terkejut.

"Nanti saya beritahu."pendek saja dia menjawab lalu aku lekas bangkit dibantu oleh dia.Encik Zakaria menarik tanganku supaya aku mengikut langkah lariannya.Aku hanya menurut saja tanpa membantah,kerana aku takut lelaki misteri itu akan muncul.

Aku berlari saja mengikut langkahnya.Hatiku tertanya-tanya,bagaimana dia boleh berada di sini?Adakah dia sedang mengekori aku?Jikalau dia ekoriku,kenapa?

Mataku berkalih ke lengan yang menarik tanganku,aku terpandang di bawah lengannya ada corak tatoo.Tatoo seekor ular yang sedang melingkari mawar merah.Mataku terarah pada dia,Encik Zakaria bukankah dia seorang Islam?Kenapa ada acahan tatoo pulak?

"One shot,one kill."suara lelaki bermata merah kedengaran bergema di tengah hutan.Bukankah aku cederakan dia,bagaimana boleh sedar?Langkah Encik Zakaria terhenti,begitu juga aku.

"Encik,kenapa Encik Zakaria berhenti?Nanti dia datang!"soalku.Dia meletakkan jari ke bibirnya meminta aku senyap.Aku menarik tanganku yang digenggam olehnya supaya aku dapat pergi dari sini.Namun semakin kejap pula genggamannya pada tanganku.

"Kehilangan,kesedihan,kebencian,dendam,penipuan..."suara itu bergema lagi..Cepat-cepat aku menyorok dibelakang Encik Zakaria.Bila aku memandang wajahnya,seraut wajah yang serius terpancar sambil mata mengerling ke kanan dan ke kiri,seolah-olah sedang mencari musuh yang bila-bila masa akan menyerang dari mana-mana penjuru.

"Apa yang kau cuba maksudkan?"soal dia dengan suara lantang.Aku perhatikan tangannya sedang mengeluarkan sesuatu daripada baju sejuknya.

"Lah..takkan kau tidak tahu?Bukankan itu yang ada pada hati kau selama ini?"suara itu membalas lagi.

Aku terpinga-pinga,apa yang ada pada hati dia selama ini?Selalunya kalau menonton drama tentang pembunuh upahan atau pembalasan dendam selalunya pasti ada kenyataan yang disebutkan lelaki misteri itu.
"Encik Zakaria,takkanlah.."

Tiba-tiba dia menarik diriku ke dalam rangkulannya.Aku terkejut dan kaku bila berada di dalam dakapannya lagi-lagi dekat dengan dadanya yang bidang itu.Dada aku pada waktu itu terasa berdebar-debar."Encik kenapa ni?"

"Cik,saya minta jangan gerakkan  tubuh cik walau seinci pun."bisiknya pada telingaku.Mendengar bisikannya,sangkaan yang buruk merasuk minda fikiranku.Serta-merata aku melepaskan diri daripada rangkulan dan meyebabkan aku tersandung dan terjatuh duduk.

"Encik ni,gila apa!Encik nak buat apa pada saya!?"soalku marah dengan wajah merah pedam.Bila aku mendongak,kejutan lagi sekali menghambat diriku.Apabila melihat keadaannya,dia sedang mengacukan sepucuk pistol tepat di hadapannya.

Bila kulihat dia mendongakkan sedikit kepalanya,mataku tertumpu pula pada sesuatu yang ganjil menyucuk kulit lehernya.Ia panjang  dan bewarna seperti kuku.Aku lihat ia juga datang dari arah hadapan.Aku menghalakan pandanganku untuk melihat dari mana datangnya.

Sewaktu aku tahu,aku melihat kuku jari telunjuk seorang lelaki.Bila memandang wajah pemilik tangan itu pula,wajah lelaki yang mempunyai iris mata merah.Dan iris matanya sedang bertukar!Nafasku terhenti bila memandang wajahnya yang kelihatan bengis itu.

"Saya dah kata jangan bergerak." ucap Encik Zakaria sesal.

"A..apa semua ini?"soalku separuh terpekik dengan kejutan demi kejutan yang aku lihat sekarang.Ya ALLAH!Pada waktu ajalku dah nak sampai,kenapa perkara sebigini berlaku?

"Untuk pengetahuan Cik,lelaki dihadapan ini sangat bahaya.Cik jangan sesekali dekati dia."Encik Zakaria yang masih menghalakan muncung pistol ke arah lelaki itu.

Aku lekas bangkit,aku memandang pula pada lelaki yang mempunyai kuku yang panjang itu.Dia ketawa kecil dan sinis,apa yag lawak bagi dia?Tidak nampakkah sepucuk pistul sedang dihalakan tepat ke dadanya?

"Yakah?Bagaimana pula dengan Encik Zakaria pula?Takkanlah nak jadikan aku kambing hitam?Bukankah kita berdua sama saja? "sinis masih menjadi nadanya.

Fikiranku pada waktu itu betul-betul bercelaru.Keliru apa yang mahu mereka katakan.Aku betul-betul takut,perasaan yang aku alami sekarang ini betul-betul ngeri daripada mendengar tawa mengilai seekor hantu.
"Tolonglah,saya betul-betul takut sekarang.Please explain.."pintaku.

"Zakaria anak lelaki Aaron Tan.Seorang pembunuh upahan yang saya perhatikan sejak sebulan yag lalu.Manakala saya pula,makhluk Tuhan yang bukan bergelar manusia.."pengakuan yang terus terang.Tangan dia masih betah pada kedudukan yang sama,melunjur kedepan dan kuku jari telunjuk memanjang menyucuk leher Encik Zakaria.

"Habis,jika bukan manusia tapi siapa?Hantu,Syaitan?Huh,yang pasti bukan malaikat."Encik Zakaris pula membalas.

Aku pandang wajah mereka berdua lalau bersuara."Korang berdua,saya nak lari dari sini dahulu.Lepas saya pergi korang uruskanlah hal korang ni."aku melangkah cepat untuk keluar dari sini.Aku betul-betul mahu selamat sekarang!

"Cik Azalea perasan tidak ada luka dan darah sedang mengalir di tangan cik?"soalnya pada diriku.Langkahku terus terhenti.

"Luka?"Aku pandang kedua belah tanganku,baruku sedar ada luka di tangan kanan dan darah banyak mengalir.Mungkin ini terjadi sewaktu aku melemparkan batu besar ke arah dia dan tanpa sedar batu itu menoreh kulitku.Ah penyakit luekimiaku ini.Kalau luka sekecil ini pun,masih darah banyak keluar.Cepat-cepat aku menekan bahagian lukaku agar darah berhentu mengalir.

"Dan cik tahu tidak,bau darah cik Azalea itu sungguh menggodakan dan membuatkan makhluk seperti kami ini menurut nafsu saja?"soal dia padaku.Dahi aku berkerut.Darahku menggodakan?Dia ini mekhluk penghisap darah apa?!

"Kami?Ada orang lain di sini?"berkerut dahi Encik Zakaria.

"Ya."kata-katanya menakutkan aku.Ada orang lain seperti dia?Berapa ramai?Lima?Sepuluh?Atau seratus?Aku lihat sekelilingku,suasana yang kuperhatikan sekarang begitu senyap.Tidak seperti tadi ada cengkerik menyanyi-nyanyi.

Lelaki mata merah itu,sampai hati dia buatku terperangkap dalam dunia dia!Sedangkan aku tiada kaitan dengan dia,bukan?Apa salahkupadanya?Kenapa cerita aku akan berakhir sedih sebegini?Aku tidak mahu mati begini...aku tak mahu..Aku mula menggigit bibir dan lutut terasa menggelatar.

"Lelaki tak guna!"bentakku tiba-tiba pada Si Mata Merah.Encik Zakaria aku lihat sedang tersengih sekejap bila aku bentak padanya manakala dia pula tertunduk.Kau ingat dia seorang saja tak guna,Encik Zakaria?

"Dua-dua lelaki tak guna!"aku ucapkan kata-kata yang sama cuma bezanya aku maksudkan kedua-dua ekali yang berada di hadapanku.Aku lihat Encik Zakaria tersentak(padan muka!).Mataku berkaca,"Jadi beginilah akhirnya hidup aku?"luahku.

"Cik Azalea..saya tak maksudkan perkara ini akan terjadi.."tegur lelaki itu.Matanya yang merah bercahaya tadi bertukar malap apabila memandang wajahku.Waktu itu dia terlupa tentang musuh yang berada di hadapan.

"Tak maksudkan?Tapi semua dah terjadi!Semua dah terlambat!"

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan oleh Zakaria.Lelaki bermata merah itu rebah ke tanah,aku terkedu.Aku berkalih ke Encik Zakaria dia menyimpan kembali pistol yang digunakannya tadi lantas mendekatiku.Ya ALLAH apa yang aku sedang lihat ini?

"There's no too late.Saya akan selamatkan awak."ucapnya selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.Aku pandang pada lelaki beriris mata merah,dia langsung tidak bergerak.

Dia sudah matikah?Fikirku berulang-ulang kali sambil mengetap bibir.Aku mahu mendekati tubuh itu namun tidak sempat kerana Encik Zakaria tanpa berfikir panjang menarik pula tanganku untuk membawaku keluar dari hutan gelap ini.

"Encik,apa encik buat pada dia?Encik bunuh dia!"entah kenapa aku marah pada dia pula.Aku cuba merentap tanganku untuk melihat lelaki bermata merah itu namun tidak berhasil.Hati aku terasa kesal pula menyatakan sesuatu yang buruk pada lelaki itu.Ah kasihannya!

"Panggil saja saya Zack."

"Bila masa pula saya nak kenal dengan Encik?Lepaskan saya!"

"Tapi di sini tak selamat!"

"Lepaskan saya!"aku tetap berdegil.

"Saya takkan lepaskan awak sampai bila-bila!"katanya dengan merenung tepat ke wajahku.Itu membuatkan rontaanku terhenti.Aku pandang ke arahnya dengan wajah agak hairan,"Encik,

Cepat-cepat Encik Zakaria melarikan pandangan ke tempat lain."Tempat ini tak selamat,saya dan cik perlu tinggalkan tempat ni."

Akhirnya,aku mengalah.Aku tak nak perkara tadi berulang lagi pada diriku lagi!

Comments

  1. Best cerita ni... maaf ye tp saya baca dlm sinopsis kn... lelaki mata iris merah ajak berjumpa azalea di hutn dn lelaki tu tegur dn menunjukkn rupanya yg sebenar... dn sejak dr kejadian tu azalea jd takut pucat tp tetap ke villa cake sampai jack curiga dn siasat sampailh dia tahu yg azalea jumpa lelaki penghisap darah.. sejk tu azalea dn zack jadi rapat sampai lelaki iris merah cemburu... tp dlm cerpen ni dua dua lelaki tu bertemu... saya jadi hairan...

    ReplyDelete
  2. tapi ape ape pun citer ni memang best sampai saya baca bnyk kali... oh ye bile nk sambung cerpen Hati dan rahsia tu ye.. x sbr nk baca. Citer anda mmg best.. teruskn menulis cerita ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts