Vampire + Assasin + Patient + Romance = ?

For sure, post ni di publish pada 14 Jan 2012 dekat blog yang lama. blog to di private kan sebab malas nak post lagi kat blog tu. Inilah idea yang muncul bertajuk Hati Dan Luka. Kalau korang nak baca just cari dekat slot cerpen sebelah kiri blog nih. Comment tau kalau ada rasa tidak puas hati atau hape-hape pun : )
.............................

Salam.

Apa khabar hari ni?Sihat?Dah siap kerja?Homework?(tanya orang lain sedangkan diri sendiri tak siap lagi)
Kalau yang kat sini sihat jer..: )

Okay mari kita mulakan isi pertama kita dalam post ini yang bertajuk - Vampire + Assasin + Patient + Romance = ?

Pasal patient romance.Aku cakapkan tentang seorang pesakit yang tak lama lagi akan menemui ajalnya dan pada masa yang dia bertemu cinta sejati(konon..) macam ...

scent of woman

Pasal vampire romance, aku takyah terangkan banyak-banyak sebab perkara ni dah membuatkan semua wanita terpukau dengan ke-macho-an Edward Cullen ngan Jacob dalam..

Twilight

juga kecomelan watak Zero,Kaname dan Yuki oleh Hino Matsuri melalui manga

Vampire Knight
Cinta Riya terhadap Alam dalam

Fantasi Cintaku


Dan lagi satu,assasin romance tentang seorang pembunuh yang penuh dendam kesumat,nekad membunuh sasarannya namun hati tiba-tiba aja bergetar satu perasaan.Adalah dalam cerita..

Novel Mikhail

Drama City Hunter

Sedang aku teringat kesemua cerita tu,aku teringat pulak holiday aku kat Cameroon Highland.Dahlah sejuk giler,udara pulak segar.Lagi-lagi malam..

Tiba-tiba saja aku terfikir beberapa dialog..

Aku boleh saja buat kau jadi milik aku,tapi kau harus faham siapa aku.Kalau kau tidak pernah faham,sisa-sisa hidup kau memang sesuatu yang sia-sia. 
Aku cemburu pada kau,berumur panjang.Sedangkan aku tinggal beberapa bulan saja..
Kau bukan manusia!Dan kau tiada hak untuk halang aku mencintai dia!
Dia tahu kita berdua berasal daripada kegelapan,tetapi mengapa dia tetap dengan perasaan dia tu? 
 Adakah orang macam kau,muka pucat macam nak mati,mata pulak warna emas,muka semua bajet comel,cantik, hensem??Dan kau mesti sejuk macam Tanah Tinggi Cameroon ni kan?
Kita ni macam layang-layang,membiarkan saja angin tiup untuk menentukan arah kehidupan kita.

 Bila semua tu kat atas kepala..wink!(mentol bercahaya!)Cerita baru!!Yey!(Sedangkan novel Hari Demi Hari Cik Ain tak siap-siap lagi,ada hati nak buat cerita baru?)

Yup,I'm know about that.Tapi aku rancang nak buat cerpen jer..kalau ada sambutan ker..ada komen yang menggembirakan ker..aku nak buat novel.Boleh kan??

Okay the story summary;

Seorang wanita,di sahkan akan hidup tak lama lagi.Bagai impiannya untuk menjadi ~~~(aku tak tahu apa impian pompuan ni lagi) berkecai musnah.Untuk kesedihan dan semangatnya yang hilang itu,dia pulang ke daerah  kelahirannya di  Cameron Highland.

Biler tinggal kat situ,perempuan tu memang suka melepak kat satu cafe yang bernama Villa Cake.Lagi-lagi time malam,walau dia tahu betapa bahayanya kaum perempuan berada di luar pada waktu malam.Namun itu tidak penting sejak matanya bertembung dengan mata seorang lelaki misteri(itu si vampire-nya..) yang sudah lama memerhatikannya sejak sekain lama.

Walaupun banyak kali dia jumpa tetapi tak sempat nak tegur sebab lelaki itu tetiber jer hilang dari pandangannya.Disebabkan perasaan ingin tahu,dia sanggup menunggu di Cafe tersebut pada setiap malam.Asalkan dia dapat tahu,kenapa lelaki misteri itu memrhatikannya.

Si pemilik cafe Villa Cafe pula,Zakaria/Zack( pembunuh upahan tetapi untuk tutup kegiatannya dia mengusahakan cafe yang telah diwariskan kepada dia.prinsip dia sebagai pembunuh upahan -tidak akan cederakan orang sehingga seseorang itu jadi sasaran atau mengetahui rahsia dia ) yang juga sudah lama memerhatikan perlakuan minah tu kerana minah itu juga salah satu pelanggan yang kerap dia nampak kat cafe dia.

Selepas berhari-hari,dan akhirnya dia dapat juga jumpa mamat tu dekat satu tempat sunyi(sebab mamat tu yang nak jumpa dia -"-)Bila dia mula nak cakap,lelaki tu pulak secara sukarela dan tanpa dipaksa-paksa menceritakan siapa dia(untuk menakutkan perempuan tu).Apalagi..terkejutlah minah tu dan cuba larikan diri dia daripada lelaki tu.

Zack,time tu sedang lalu tiba-tiba ternampak perempuan tu ketakutan semacam.Dia selamatkanlah minah tu,cuba tenangkan minah.(ala..macam selalu dalam drama..hero nak tenangkan heroin tu..~ ~)

Sejak hari tu,perempuan tu pon rapat dengan Zack.Si vampire tu lak,jeles (sapa suro tautkan awek tu?Kan dah tak dapat~~)dan merasakan nyawa perempuan tu dalam bahaya disebabkan status Zack.Jadi dia pon selalulah muncul nak rapatkan diri dengan perempuan tu.

Kadang-kadang dia tengok perempuan yang mula dia sukakan tu nampak semacam,jadi dia cuba siasat.Bila siasat-siasat.Tahulah dia,pompuan tu jumpa dengan seorang lelaki penghisap darah!Zack pulak merasakan nyawa pompuan tu tak selamat.Si vampire tu lak tahu bahawa Zack sedang perhatikan dia dan Zack juga tahu mamat vampire tu jugak perhatikannya.Jadi mulalah,pertelingkahan antara dua makhluk demi mendapatkan cinta perempuan itu ...Jeng!Jeng!Jeng!(ini cerita tentang cinta tiga segi jer sebenarnya..--')

Dan dalam pertelingkahan tersebut,hati masing-masing meluahkan keinginan dan cemburu mereka yang sebenar.Pompuan yang sakit tu nak hidup lebih lama,jeleslah dengan mamat vampire tu.Si Zack sekadar mahukan dendamnya terlunas,tetapi semakin lama dendam dia semakin luntur disebabkan perasaan yang hadir itu dan mamat vampire tu lak teringin nak jadi makhluk biasa dan berkeluarga kerana ratusan tahun dia hidup,terpaksa membunuh keinginannya agar orang yang dia sayang takkan terseksa.

P/S:Syukur Alhamdullih,kerana idea ini turun kepada aku kerana-Nya
P/S 2:aku masih tak tahu nak letak tajuk apa..sesiapa boleh berikan idea??

teringin lak nak gi Cameron Highland
boleh lah aku tenang kan diri sikit.... : )

Comments

  1. Tu cerpen buat sendiri atau sinopsis novel

    ReplyDelete
  2. Tu cerpen buat sendiri atau sinopsis novel

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts