PANDORA : Blurps.

ASSALAMUALAIKUM! : )

To be honest. minggu ni minggu akhir sekolah untuk 2013 for Form 4. Cuti semester tiba lagi! Dan tahun depan aku candidate SPM! Macam tak percaya  masa berlalu dengan pantas. Nak sangat putar waktu ke zaman tadika.. rindunya

Tapi apa-apapun nak cerita tentang satu cerita ni. Ini sekadar blurps sebuah novel. Macam Hati Dan Rahsia. tak buat apa-apa lagi untuk tulis first chapter. Jangan letak harapan terlalu tinggi yang kalau readers rasa cerita ni cam best. The reason adalah aku cuba fokus dekat 1200 GRM. Kesian baby I ni nanti... diketepikan begitu saja macam tragedi Hari Demi Hari. Sepi tanpa cerita sebab seronok buat 1200 GRAM ni. Sadis..

Tapi aku suka share some idea and thought with my reader. Kalau korang tertarik bagilah pendapat.. Kat bawah jer ada ruangannya. Itulah peranan kotak comment tu kan??

 Cerita ni ada 4 cerita dalam satu novel. Jadi readers.. dipersilakan PANDORA! 
...

DIA belajar tatkala menatap suri hatinya menutup aurat membuatkan zaujjahnya sangat indah dipandang. Tapi itu sementara. Suri hatinya masih tidak terbuka untuk soal itu. Bila dunia miliknya berputar arah. Dia cuba belajar untuk berpimpin tangan bersama suri hatinya ke tempat yang lebih baik. Dia belajar juga.. yang memerdekakan segumpal tanah masih memerlukan darah untuk ditumpahkan. Air mata untuk di alirkan. Senyuman untuk dilunturkan. Semangat untuk direntungkan. Harapan untuk dimusnahkan...

YANG seorang ini pula, orang yang dia sayang pula hilang pada pandangan sekelip mata.  Sekelip mata jualah, ada api terbit di dalam lubuk hatinya. Patutnya dia turut mati sekali bersama mereka. Bersama semangat sebuah perjuangan. Dia rela memenjarakan diri daripada terbebas di bawah pemimpin zalim. Sebilik pula dengan seorang pembunuh upahan. Bila mengenali sang pembunuh lebih dalam, dia nampak mimpi yang dikait. Harapan yang dicipta. Disebalik topeng kekejaman.

LELAKI ini pula, dia ditakdirkan kehilangan seorang kekasih yang amat dicintai. Dia sangat menyesal kerana tidak pernah menghargai sesaat pun masa untuk bersama si buah hati. Dia mengharap yang waktu akan berputar supaya dia dapat diberi peluang untuk membahagiakan wanita itu. Tapi waktu berulang-ulang dan ulang..

DAN yang terakhir ini pula, seorang lelaki yang cuba mencari jalan untuk melupakan yang dicintainya. Dia menceritakan pengalamannya.. bahawa pasangannya tidak mahu lagi dirantai dalam sebuah onar menjijikkan. Kekasihnya mahu hubungan mereka berakhir dengan baik lalu mereka sepakat untuk mendaki gunung.  Hari terakhir sebelum mereka berpisah, mereka berdua mendaki gunung.  Mendaki demi meninggalkan duka dan hina. Dan mereka terjatuh...


.............

Kenapa aku letak tajuk dia PANDORA. Kalau korang minat tentang mitos Greek mesti korang tahu tentang Pandora. Kononnya dewa cipta seorang perempuan namanya Pandora. Diperintahkan supaya jaga sebuah kotak dan dilarang buka kotak tu. Pandora pun jaga. Makin lama dia jaga. makin lama tangannya menggatal nak buka. Bila dia buka, terkeluar segala keburukan, kesedihan, kejahatan daripada kotak tu. Tapi ada satu benda yang masih tinggal kat dalam kotak tu. Tapi kecil. Iaitu Harapan. 

Seriously, metaforik sungguh mitos ni. Terkesan!




p.s: Rasanya hobi baru aku suka buat blurpslah untuk korang. :)

Comments

  1. Replies
    1. Wahh.. igtkan org sebaya kt xder yg minat.
      Hehe..
      Tetima kasih sbb sudi baca..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts