Hati dan Rahsia. 3

ϟ

 BIBIR Hanani sejak bertemu Roman dari tadi hanya menguntum senyuman manis. 

  Mata menggoda Roman pula tidak lekang menatap wajah manis itu. 

  Manakala si Irfan hanya mampu menjeling dalam cemburu.

   Sepanjang perjalanan, tatkala Roman bertanya pasti Hanani menjawab  dengan panjang lebar. Termasuk mengetahui siapa diri Irfan. Kadangkala gadis itu melontarkan soalan, namun lelaki itu menjawab pendek bersama pujian kepada gadis yang cemerlang dalam keputusan SPM.

   Irfan yang berada di tempat duduk paling belakang kereta SUV memandang dengan pandangan jengkel. Dia menggenggam penumbuk menahan sabar dan cemburu. Dalam hati hanya mampu menjerit merayu pada Tuhan supaya mereka senyap, senyap, SENYAP!

   Mahu saja disepak keluar 'Romeo' itu dari kereta SUV ini. Malangnya, dia hanyalah 'khadam' Tuan Jamal manakala si Roman itu pula tetamu Tuan Jamal. 

   Apa yang Irfan dengar daripada perbualan mesra mereka, Roman berusia 25 tahun.

   Dia mempunyai ayah yang tinggal di Perak.

  Anak bongsu.

   Abang-abang dan kakak-kakaknya bekerja di luar negara.

  Bekerja di luar negara.

  Menjadi pensyarah muda di sebuah universiti terunggul di dunia.

  Dia suka ayam masak lemak cili api? Sama seperti Hanani! Atau dia sengaja sebab mahu mengurat Hanani?
   
  Tuan Jamal ialah rakan baik ayahnya.  
  
  Pertama kali datang ke Pulau Dahan.

  Pertama kali? Tandan dahi Irfan berkerut. Dia tak merasakan lelaki itu datang ke sini pertama kali. Ala.. pasti mahu memanjangkan perbualannya bersama Hanani. Irfan mula bosan, dia mengalihkan pandangannya ke bagasi beg yang berada di sisi dia dari tadi. Selain persalinan pakaian, apa lagi ada dalam bagasi ni, yeh? Aku rasa lebih dari itu. Tapi tak rasa ada ancaman.

  Cuma ancaman Hanani akan lebih rapat dengan Roman adalah! Baru sepuluh minit berkenalan, macam dah kawan lama tidak bertemu!

  Manakala drebar kereta pula tersengih melihat sekuntum mawar dan seekor kumbang di belakang berbual-bual rancak. Tapi seekor kumbang di belakang sekali itu pula, kasihan.

MEREKA sampai ke destinasi yang sepatutnya. Roman dibawa oleh Irfan dan Hanani ke lobi. Pandangan Roman meliar sekitar lobi tersebut. Dia kelihatan kagum dengan seni bina dalaman yang bertemakan budaya tradisonal melayu.

   "Tuan Jamal kata, lepas daftar masuk dan masuk bilik, Encik Roman boleh jumpa dia." Pesan Irfan menggunakan panggilan 'encik' untuk menghormati Roman walaupun Roman sudah kata boleh memanggil dia dengan namanya saja.

  "Apa awak kata tadi?" Pandangan jejaka tampan itu terus memandang Irfan.

   "Tuan Jamal kata, lepas daftar masuk dan masuk bilik, Encik Roman boleh jumpa dia." Irfan mengucapkan kata-katanya dalam nada bersahaja. Walaupun sedang geram tapi demi menghormati tetamu dan menjaga reputasi resort ini, dia terpaksa mengulang kembali.

   "Tapi saya perlu jumpa dia dahulu. Saya tak boleh nak tangguh lama-lama." Ucap lelaki itu. Wajah lelaki itu agak resah. Umpama ada sesuatu yang dia tanggung.

   "Roman kenapa awak risau?" Soal Hanani yang dari tadi senyap. Memerhati tingkah Roman dengan keresahan.

   "Saya kena jumpa juga Tuan Jamal. Ini hal penting." Jawab Roman masih resah.

   " Kalau macam tu awak check in saja. Nanti saya  hantar beg. Awak jumpa saja Tuan Jamal. Biar Irfan tunjukkan jalan." Manis saja Hanani membalas.

   "Oh.. tak apa ke, Hanani?" Soal lelaki itu memastikan sesuatu. Takut menyusahkan Hanani.

  "Tak, lagipun Roman tetamu Tuan Jamal." Ucap Hanani tenang.

   "Er..terima kasih Hanani." Wajah resah si Roman berubah lega. Lelaki itu tersenyum.

   Terkebil-kebil mata Irfan. Lelaki risau tidak tentu pasal, kenapa? Penting sangatkah urusannya sehingga risau begitu?

  "Roman check-in lah dulu." Hanani mempelawa lelaki itu ke kaunter penyambut tetamu.Tak berfikir panjang, Roman dengan segera melangkah ke kaunter tersebut. Irfan perhatikan Roman mendaftar masuk dengan pantas. Hanani di sebelah lelaki itu perhatikan saja dengan bagasi bersebelahan dengan gadis itu. Pasti jejaka perasa hebat itu sedang tergesa-gesa cuma mahu tunjuk berlagak hebat depan Hanani agaknya. 

  "Jadi bilik Roman bernombor 219. Roman ambil kunci ini," Hanani menyerahkan kunci bilik pada Roman lalu menyambung ayatnya, ".. dan saya ambil kunci pendua hantar bagasi Roman. Lepas jumpa Tuan Jamal, Irfan tunjukkan bilik Roman, ya?" Pesan Hanani. 

  Kening Irfan sebelah terangkat, rasa aneh. Turut egonya bagai tercalar. Kenapa seorang perempuan mengarahkan dia? "Eh, kau pulak bagi arahan dekat aku. Aku tahulah semua tu."

  "Apa-apa aje. Aku pergi dulu. Er.. Roman, Hanani hantar bagasi Roman. Minta diri dulu.."

  Mulut Irfan hampir nak ternganga. Drastik sungguh perubahan layanan Hanani antara dia dan juga Encik Roman Romeo. Diperhatikan gadis itu menapak meninggalkan mereka berdua. Dia teringat kata-kata Sotong memerangkap Abang Hakimnya, kalau ada orang yang ngap dia, nanti kau yang merana. Pergh, tepat kena muka Irfan. Pada hari yang sama juga! Dia mungkin akan merana kerana Romeo sebelah akan 'ngap' Hanani.

  Setelah menghilang bayangan Hanani, ditoleh pada Roman. Irfan kaget, Roman memandang dia seperti wajah Roaman kalau di toreh tak berdarah. Pucat. Kaku. Dan terkejut. Roman Romeo yang aneh, adakah lelaki diseblahnya mengalami personaliti berganda? Sekejap budiman. Sekejap  ketakutan. Sekejap ceria.

    "Er..Encik Roman, kenapa pandang saya begitu." ujar Irfan. Dilayangkan tangannya kehadapan mata Roman. Terus lelaki itu tersedar seperti bangun daripada tidur.

  "Tak ada apa-apa." Terkedip-kedip mata Roman. Dia menekup mulut seketika menyorok satu senyuman.

  Waktu itu naluri Irfan mengesan sesuatu yang ganjil di situ. Kehadiran Roman juga turut menambahkan keganjilan berikut lagi-lagi senyuman penuh rahsia yang cuba si Roman sorokkan. Irfan cuba biarkan keadaan tersebut. "Baiklah Encik Roman, saya akan bawakan Encik ke bilik pejabat Tuan Jamal." 

  "Please, panggil saja saya Rom. Tak payah 'Encik'." Pinta lelaki itu lagi sekali. Dia tidak mahu segala urusan di sini terlalu formal. Membosankan!

  "Okay, Rom. Saya akan bawak Rom ke pejabat Tuan Jamal. Itu bagus?" Dilayan saja permintaan Roman. Tidak mahu bertekak dengan orang yang baru dia kenal.

  "Bagus!" Balas Roman sambil mengangkat ibu jari. 

  Irfan membawa Roman ke salah satu laluan yang berlawanan daripada laluan Hanani. 

  "Kenapa Tuan Jamal menyuruh tukang bersih bilik hotel bukan pembantu dia?" Apa yang terlintas dalam kotak fikirannya segera diluahkan. Sepanjang mereka berjalan, remaja yang berada di depannya tak banyak cakap. Dia agak rimas dengan situasi sebegitu.

  "Maksud Roman?" 

  "Bawa saya jumpa dia.  tapi dia suruh awak ambil saya. Ada apa-apa sebab yang awak tahu?"

  "Saya tak tahu."

  "Segalanya rahsia ya? Misteri betul Tuan Jamal kamu, Irfan." Lelaki itu ketawa.

  "Boleh saya tanya sesuatu?"

  "Apa dia?

  "Awak tahu, skandal isteri Tuan Jamal?"

  "Skandal? Irfan, saya baru di sini. Sekadar melawat saja, dan awak sebarkan cerita begini pada tetamu pulau ni? Hebat!" Kata-kata Roman umpama memperlinya. 

  "Maaf. Saya fikir Roman tahu."

  "Eh..eh.. tak payah minta maaf! Teruskan cerita skandal tu. mahu tahu juga apa yang panas dalam pulau ni."

  "..Saya nampak sendiri apa yang terjadi. Puan Huda main kayu tiga belakang Tuan Jamal dengan seorang lelaki. Cuma teman lelakinya..." Irfan teragak-agak. Menyesal juga dia bertanya tentang soalan ini. 

  "kenapa teman lelakinya?"

  "Awak ada pertalian darah ke dengan teman wanita Puan Huda?"

   Tersembur mulut Roman menahan ketawa. Irfan pula mencuka. Salah sendiri menanya soalan mengarut. Kan sudah dapat malu?

  "Irfan, awak buat lawak, ya? Apa kaitan soalan awak ini? Saya tak fahamlah."

  "Sebenarnya, saya ada gerak hati yang kuat. Saya boleh rasa bahaya yang datang." Bersemangat Irfan mengakui kelebihannya. Dia menoleh memandang Roman. Reaksi Roman tidak menunjukkan lelaki itu terkejut mahupun kagum, reaksi menyorok senyuman adalah. 

  "Wau! Betul ke ni?" 

  "Ini bukan perkara main-main! Saya dapat rasakan benda yang sama dari dia dan juga dari Roman!"

  "Jadi awak sukakan Hanani?" Tidak menjawab mahupun mengelak soalan Irfan Roman mengubah topik.

  "Suka? Mana adalah! Dia cuma kawan saya. Jiran saya!"

  "Tapi kenapa awak menyampah dengan saya lepas tengok Hanani layan saya dengan baik? Tak salahkan saya berbual dengan dia? Awak cemburu? Sebab cemburu awak fikir bukan-bukan?

  "Sebab Hanani mudah cair dengan kata-kata lelaki macam Roman."

  "Dia pernah dikecewakan?

  "Tak.."

  "Habis kenapa Irfan terlalu berhati-hati? Saya ni manusia biasalah. Bukan jahat pun."

 "Dia hampir dilukakan, nasib saya yang sedar semua itu dan bertindak sebelum lelaki itu apa-apa kan Hanani."

  "Jadi betullah awak suka Hanani."

  "Mana adalah!" Muka Irfan jelas merah.

  Roman ketawa. "Semakin lama awak elak soalan saya. Semakin jelas jawapannya. Cepat betul kita berdua rapat."

  "Kenapa pula?"

  "Pertama kali jumpa, macam-macam awak cerita. Macam kita ni adik-beradik yang dah lama berpisah!"

  "Apa-apa sajalah Encik Roman.." Malas melayan Irfan mepercepatkan langkahnya. Roman hanya mengekori saja dari belakang.

  "Panggil saya Roman." Tegur Roman. Dipandang Irfan. Remaja 16 tahun itu tak membalas apa-apa.

 " Awak tak risau kalau Hanani dikebas orang?" Soalnya lagi.

  "Saya tak kisah , tapi jika ada orang yang lukakan dia. Saya akan cari orang itu dan belasah dia."

  Roman terkedu. Pasti sedang kecut perut mendengar amaran Irfan. Namun tak semena-mena tawa lelaki itu meletus lagi sekali. Irfan ternganga.  "Kan saya dah kata Irfan suka Hanani."

  Wajah Irfan merah lagi. Dalam bengang dia membalas." Dah tahu, senyaplah!"

  "Apa-apa pun awak patut lindungi diri awak daripada lindungi orang lain. Macam pelik lelaki saiz budak sekolah rendah belasah orang."

  Terasa dengan kata-kata tersebut. Langkahnya terhenti dan berpusing ke belakang. Roman terkejut lantas berhenti berjalan. "Kenapa berhenti? Dah sampai?"

  "Encik Roman tak perlu tahu siapa saya. Encik Roman  hanyalah pelancong di resort kami yang akan menghabiskan duit di sini dan juga berjumpa Tuan Jamal."

  Kenyataan pemuda itu menyebabkan Roman menarik senyuman di bibirnya. Irfan mula mengeritkan dahi. Hairan. Lucukah apa yang dikatakan tadi? Tiba-tiba lelaki dihadapannya mula mendekatkan wajahnya pada wajah Irfan. raut wajah itumasih menggariskan senyuman. Senyuman yang dia sendiri tidak tahu apa maksudnya.

 Hal itu membuatkan Irfan mula gentar, kakinya melangkah kebelakang. Cuba menjauhkan diri daripada Roman. Namun itu mendorong tubuh Roman lagi dekat padanya dan perlahan-lahan bibir lelaki itu rapat ke telinga Irfan. Resah Irfan bertambah.

  "Apa kata kalau saya bukan sekadar seorang pelancong tetapi makhluk penghisap darah yang mahu mencari mangsa?" Bisik Roman kemudian mempamerkan barisan gigi yang putih bersih. Irfan tersentak. Tatapan mata lelaki itu memandang tajam ke dalam matanya. Keadaan tersebut membuatkan bulu roma Irfan menegak. Seram. 

Comments

  1. Plez released next chapter as soon as posible.my neurons cnt wait to know wht hapen.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts