Hati dan Rahsia 4.

Le ciel sous les mers. | via Tumblr

SENYUMAN Roman tiba-tiba berubah menjadi tawa. Ketawa yang besar. Perlahan-lahan dia menjauhkan badannya dari Irfan. Lelaki itu memegang perut, menahan ketawa yang kuat. Irfan pula terkaku di situ, langsung tak bergerak. Tidak tahu untuk bereaksi apa. Dia kebingungan. Kenapa lelaki dihadapannya tiba-tiba ketawa? Lelaki di hadapannya dalam satu hari begitu mudah memberitahu siapa dia yang sebenar!

  "Kenapa Encik Roman ketawa?" Irfan masih bingung.

  "Penakut betullah. Irfan fikir saya makhluk penghisap darah ke?" Ucap lelaki itu berselang dengan ketawa besarnya. Dikesat airmata yang terbit dari matanya akabiat terlalu kuat sangat ketawa

  Terkebil-kebil mata Irfan. Kata-kata Roman membuatkan dia lambat menghadam maksud Roman. "Kau tipu aku?"

 "Yalah, mana ada makhluk penghisap darah wujud." Diselang ketawa yang berdekah-dekah. Irfan waktu itu rasa seperti ditampar. Ditipu hidup-hidup oleh seorang lelaki yang baru dia kenal. Penumbuk digenggam. Jelas sekali muka cerah Irfan merah menahan marah dan malu.

  Kalau diikutkan rasa, mahu saja dibalas dengan penumbuk. Malangnya lelaki dihadapan Irfan adalah tetamu Tuan Jamal. Kena penyepaklah jawapannya kalau mencederakan seorang tetamu Tuan Jamal. Ketawa lelaki itu sungguh menyakitkan hati. Irfan hanya mampu mendengus menahan marah.


"YANG ini, saya mahu bahagian sini dilengkapkan. Tak siap lagi." Suara seorang lelaki tiba-tiba keluar daripada pintu pejabat Tuan Jamal. Pekerjanya pula hanya mengangguk faham bila diarakahkan lalu meninggalkan lelaki itu. Langkah Tuan Jamal ligat menunjukkan dia betul-betul dalam keadaan tergesa-gesa.

  Disebalik kacamata tebal itu matanya menatap jam di tangan. Sepatutnya orang itu sudah tiba. Kenapa tidak sampai lagi? Ada apa-apa yang terjadikah? Detik lelaki awal empat puluhan itu. Dia mula gusar.

   Langkahnya bertambah pantas dan sewaktu membelok mengikut lorong pejalan kaki menuju ke resort yang jauh dari pejabat, matanya sudah nampak Irfan bersama  seorang lelaki. Langkah pantas itu perlahan-lahan bertukar perlahan. Satu kelegaan datang pada dia. Akhirnya..

  "Irfan, kenapa ada di sini?" Soal Tuan Jamal menerpa kearah mereka berdua.

  Riak marah Irfan berubah sewaku menyedari kehadiran majikannya. "Tu..Tuan Jamal!" Ucapnya agak terkejut.

  "Sudah lebih sejam saya tunggu. Kamu melencong ke mana?" Soal Tuan Jamal. Tak menengking tak pula perlahan suaranya. Tapi mampu membuat orang yang mendengar berhati-hati menyusun bait kata. Aura seorang majikan yang berpengaruh memang boleh dapat dirasakan walau kita sendiri tak mengenalinya pun.

  "Er.. kapal lambat sampai. Maaf Tuan." Jelas Irfan menunduk. Tak sangka pula Tuan Jamal betul-betul menantikan Roman.

  Renungan sinis dihadiahkan pada Irfan. Tidak tahu nak percaya atau tidak alasan itu. Pekerja kalau terlalu  majikan percaya, senang saja pekerja pijak kepala.

  "Tuan Jamal kan?" sapa Roman yang dari tadi sekadar menjadi penonton. Lelaki ini pasti hebat di pulau ini. Fikir Roman.

  Pandangan Tuan Jamal terarah pada Roman. Lelaki dihadapannya tersenyum tanda kemesraan lalu menghulurkan tangan.

  "Ya saya Tuan Jamal. Encik pasti Roman, kan?" Tuan Jamal menyambut tangan Roman. Senyumannya agak tipis, seolah-olah itu bukan masa terbaik untuk mengukir senyuman mesra. Sejurus Roman mengngangguk, tangan yang berjabat tadi terlerai.

  "Saya fikir Encik Roman lebih tua dari saya. Rupa-rupanya lagi muda dan segak dari saya bayangkan." Ujar Tuan Jamal. Berbasa-basi.

  "Alah.. tiada apa-apalah. " Balas Roman sambil mengusap tengkuk. Segan dipuji begitu. Padahal dia tahu, lelaki berkaca mata dihadapannya tidak ikhlas langsung dalam pujian tersebut.

  "Irfan, awak boleh pergi sekarang. Terima kasih sebab bantu saya." Ucap Tuan Jamal. Irfan sekadar mengangguk, patuh dengan kata-kata Tuan Jamal. Dia mengucapkan sama-sama sebelum meminta diri untuk meninggalkan Tuan Jamal dan urusan lelaki itu.

  Tak sempat dia berpusing ke belakang, Roman tiba-tiba menegur Irfan. Mata Irfan memandan wajah tampan itu dengan riak menyampah.

  "Kita akan jumpa lagi."

  "Kenapa tanya macam tu?"

  "Sebab saya nak jumpa tuan puteri kamu." Kata-kata Roman membuatkan remaja itu mencebik.

  "Jangan mimpi!"

  "Don't worry, i'll take good care of her. She's very lovely." Senyuman Roman melebar. Dia tertawa kecil yang cuba di tahan selepas melihat reaksi Irfan terkebil-kebil tidak faham.

  " kau cakap apa tu? Kau ingat orang pulau ni faham sangat bahasa tu ke?" Balas Irfan. Mencebik.

  "Dia milik saya." Senyuman lelaki itu masih tetap lebar ketika meninggalkan Irfan seorang untu mengkori Tuan Jamal dari belakang. Nafas Irfan terhenti waktu itu, bila senyuman lebar itu diberi bersama ayat tersebut,memang menakutkan. Dada Irfan berdebar-debar. Tidak enak langsung perasaan ini. Apa maksud Hanani milik dia?



"SAYA tak pernah tahu tentang kewujudan pulau ni." Gumam Roman selepas pintu ditutup oleh Tuan Jamal. Dia melangkah ke ruang tengah bilik tersebut. Matanya meliar melihat setiap inci ruang bilik Tuan Jamal seluas 400 kaki persegi itu. Ruang belah kiri terdapat sofa panjang beserta meja kopi manakala sebelah kanan pula meja pejabat besar berbentuk bujur serta almari dibelakang meja tersebut. Pasti kayu mahogani. Detik hati Roman bila melihat meja tersebut yang bewarna agak gelap serta mempunyai ukiran corak flora. Lantai pula beralaskan kayu jati. Sangat klasik.

  "Tak semua bangsa kamu tahu tentang kewujudan pulau ni. Pulau ni adalah rahsia dia." Balas Tuan Jamal sambil melangkah menuju ke meja pejabat. Boleh dengar derap langkah lelaki itu bila melangkap disebabkan lantai dialaskan dengan kayu vinyl.

  "Rahsia dia? Maksud kamu rahsia ayah? Kenapa dia tak pernah beritahu?" Roman agak terkejut. Dia perlahan-lahan melangkah menuju ke meja pejabat. Tuan Jamal dilihat sudah duduk tegak menghadap dia dengan tenang.

  "Saya tak tahu apa hubungan Encik Roman dengan lelaki yang Encik Roman anggap ayah itu. Tapi saya rasa urusan Encik Roman dengan saya hanya menghantar surat itu yang dia katakan.." Balas Tuan Jamal.

  Roman tidak puas hati dengan lelaki dihadapannya. Setiap kata yang dikeluarkan Tuan Jamal mengundang persoalan. Dia mendekati meja pejabat itu lalu menongkat tangan pada meja tersebut. Dipandang tajam apa yang ada disebalik kaca mata itu. " Kalau saya serahkan surat itu, ada apa-apa akan jadi ?"

  "Saya jamin, tiada apa-apa akan berlaku."

  "Really?"

  "Saya rasa bila Encik Roman pulang, Encik Roman takkan ingat apa-apa tentang surat itu mahupun pulau ni." Balas Tuan Jamal. Tak teragak-agak dan yakin.

  Roman berdiri tegak semula. Dia masih terganggu namun amanah tetap amanah. Dia perlu juga serahkan surat itu. Diseluk poket kemeja. Mengeluarkan sepucuk surat. Dipandang surat tersebut. Tiada langsung tanda-tanda kerosakan pada surat tersebut. Itu menandakan dia tidak pernah mencuri buka mahupun mengoyakkan surat tersebut untuk melihat isinya walau dia benar-benar tertarik. Terus diletakkan diatas meja mahogani tersebut. Mengharapkan surat yang diserahkan ini bukanlah sebuah berita buruk mahupun satu picu menuju ke kemusnahan. Dahsyat sangat prasangkanya ini.

  Tuan Jamal mengambil surat tersebut. Tapi tak pula dibuka serta-merta. Dipandang wajah Roman kemudian bersuara. "Tugas Encik Roman sudah selesai. Rasanya upah yang Encik Roman nantikan kini."

  "Upah?" Soal Roman. Tiba-tiba dia tersenyum lebar. Diangkat tangan kemudia menampar angin sekali. Tanda tidak kisah.  "Rasanya bukan sekarang bayar. Saya terjumpa sesuatu yang lebih menarik dari itu."

  "Sesuatu yang menarik?... Adakah Hanani?" Teka Tuan Jamal. Tidak terkejut langsung, dia tahu Hanani itu gadis yang sangat digilai ramai lelaki. Lagi-lagi orang dihadapannya.

  "Both of them. I have desire to know where they live."

   Tuan Jamal menunduk kemudian mengeluh. "Saya tak rasa itu idea yang bagus."

  "Consider it as my payment." Cadang Roman. Bukan merayu mahupun meminta yang menuruti kata-katanya. Ia seumpama arahan.

  "Upah Encik Roman yang sebenar akan dihantar ke bilik Encik Roman. Minta maaflah sebab saya takkan membiarkan warga Pulau Dahan dibahayakan oleh orang seperti Encik." Balas Tuan Jamal tetap dengan ke keputusannya. Tapi kata-kata Tuan Jamal telah mengundang keberangan Roman. Dihentak lagi sekali meja tersebut.

    "Tuan Jamal fikir bangsa seperti saya ialah bangsa yang bahaya?" Agak meninggi suara yang dikeluarkan Roman. Dapat dilihat lelaki itu merengus. Membuarkan rasa amarahnya.

   "Saya ada banyak pengalaman bertemu dengan orang seperti Encik." Langsung tidak takut dengan tindakan Roman. Tuan Jamal masih mapan pada keadaannya. Tenang dan tak gentar. Merenung tepat pada mati Roman.

     "It seems our Tuan Jamal is not quiver to anything even a vampire like me.." Ucap Roman dalam nada berbisik. Dia menyeringai, menunjukkan dua gigi taring yang muncul di sisi kiri dan kanan giginya. Menunjukkan kebanggannya. Kebanggaan makhluk penghisap darah.

   "Bangsa seperti kamu patut berterima kasih dengan saya kerana menutup mulut daripada menceritakan apa-apa kepada mereka semua. Tidakkah akan mengancam kamu semua nanti?" Keadaannya tetap terkawal. Malah lelaki itu membuatkan taraf kedudukan bangsa Roman lagi rendah. Roman menahan geramnya.

  "Quite cunning. Are you black mailing me?"

  "Apa-apa saja yang kamu boleh fikirkan."

  Roman perlahan menjauhi  Tuan Jamal. Gigi taringnya hilang kembali. Menunjukkan dia takkan membahayakan Tuan Jamal. "Tuan Jamal memang bertuah sebab bekerja dengan Ayah."

  "Saya tak pernah merasa bertuah. Encik Roman patut pergi sekarang. Saya perlu selesaikan apa yang ada dalam surat ni." Ucap Tuan Jamal seraya menayangkan surat di tangannya.

   "Saya patut." Balas Roman. Dia berpusing lalu menapak. Geram di dada masih terpendam dalam hati. Lelaki itu betul-betul menghinanya! Menghina bangsanya! Memang kurang ajar walau setiap bait katanya diucapkan dengan tenang. Mujur saja lelaki itu berpihak pada Ayahnya, kalau tidak memang dia sudah lama merobek tengkuk lelaki itu. Tapi dia bukanlah mahkluk sekejam itu. Zaman begini langkah mereka harus berhati-hati.

  Langkahnya terbantut sewaktu ternampak bingkai gambar bersaiz A3 di dinding yang bersebelahan meja Tuan Jamal. Kelihatan dalam gambar tersebut seorang wanita yang sedang duduk bersama Tuan Jamal berdiri di sisi wanita itu. Mindanya teringat kembali apa yang diceritakan Irfan sewaktu menuju ke sini tadi. Entah mengapa dia tersenyum.

  Tuan Jamal menyedari Roman masih tak keluar. "Ada apa lagi?"

  "It's really weird, you know? How can a brave man like you let another man pleased your lady?"

   Riak wajah Tuan Jamal serta-merta berubah.  "Encik Roman tuduh saya ... dayus?"

   Roman ketawa kecil. "You can think as your wish. I don't even said that word ."

   Muka Tuan Jamal berubah, terasa dengan kata pemuda itu. Roman pula tersenyum mengejek. Seronok dapat membalas segala kata-kata si Tuan Jamal. Menghina dalam berlapik. Indah sungguh lidah manusia itu. Tak bertulang tapi mampu manghancurkan hati.

  "Ada satu perkara saya mahu ingatkan."

  "What is it?" Soal Roman.

  "Sebelum Encik Roman keluar dari bilik ni, saya nak ingatkan. Bahasa Inggeris Encik Roman mungkin hebat. Tapi maaflah andai kata penduduk sekitar ini tidak memahami apa yang Encik Roman katakan. Pulau Dahan ialah tempat terpencil. Dan taklah semegah negeri yang Encik Roman diami. Kalau dah tahu Bahasa Melayu, gunalah di tempat sepatutnya. Malu pula kalau dikatakan perasan bagus "

  Roman sentap. Muka gembiranya tadi berubah. Bibirnya digetap.Terus dia berpusing dan meninggalkan bilik Tuan Jamal. Pandai pula dia perli aku? Huh!

TUAN Jamal dirangkul helaan berat. Tak sangka lelaki yang baru dia kenal tahu tentang masalahnya. Memang betul tekaannya, angin busuk lagi pantas tersebar.

  Dia kecewa. Dalam tenang wajahnya hati hancur dan merasakan diri sendiri gagal menjadi seorang suami. Dipandang bingkai gambar yang tergantung di dinding. Kemudian ditatap pula surat di tangannya.  Ya masalah keluarganya memang besar akan tetapi ada yag kagi besar jika lelaki bergelar Ayah itu secara tiba-tiba menghantar sepucuk surat. Ditinggalkan masalah keluarganya. Tumpuannya kini berada pada kerjanya.

  Segera dia mengambil pisau surat yang tersimpan di dalam laci meja. Dibuka surat tersebut lalu isinya di tatap. Tatkala membaca isinya dadanya waktu itu sudah terasa sempit. Dicampak surat itu ke meja. Disebak rambut kebelakang, fikirannya sudah terbejat. Lagi satu masalah sudah datang.
..........................
Writer said: Cuba untuk buat chapter baru untuk Hati dan Rahsia. Maaf sangat sebab sudah lama tak buat chapter baru. 

Comments

  1. Harap dpt baca smpai tamat...
    sambunglh lg

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts