4 Cup of Coffee, 1



DI sebuah pangsapuri Kota Damansara. Tersebutlah kisah seorang ladykiller yang siang dan malamnya adalah untuk mencairkan setiap jiwa dan raga wanita seluruh dunia.

  Hakikatnya, tak semua siang dan malam dia bertemankan kaum hawa. Kerjayanya yang memberikan gelaran Ir. diawal nama menjadikan dia tidak pernah lekang dengan kerja. Ini menambahkan lagi kredebiliti sebagai bachelor yang terhangat di pasaran.

  Cuma petang semalam dia telah dengan jayanya menyelesaikan segala tugasan. Sempena menyambut kejayaan menamatkan segala kerja yang bertimbun dia berpesta berhidangkan arak dan berganding dengan wanita di kelab malam. Tidak puas lagi nafsu yang sudah mula membuar-buar, dibawa pula wanita yang baru dikenali ke bilik tidur sehinggalah apa yang terjadi sekarang.

 Tubuh separuh telanjang Jay Jalaluddin masih berselubung di bawah gebar.  Terlena diulit mimpi dek kesejukan pendingin hawa yang dipasangnya.

  Telefon bimbit dibawah bantal Jay bergetar. Ada panggilan masuk. Itu mengambil dua tiga saat untuk Jay tersedar. Walaupun  tidak berbunyi, itu masih boleh megejutkan Jay. Dalam keadaan mamai, dia menyeluk bawah bantal untuk menjawab telefon bimbit.

“Hello Hot Bachelor Damansara, dah bangun ke belum?” Suara di hujung telefon amat dikenali, mata yang kecil mamai terus terbuntang luas.

  “Reggie! Kau kat mana ni? Seminggu tak telefon aku!”  “Oi oi oi, takkan tak tahu yang aku  newlywed? Aku kat Bali lah! Cepat betul hiang ingatan.”  “I miss you.. kau tak tahu ke hidup aku sunyi dekat pangsapuri ni lepas kau kahwin.”  “Jay, kalau isteri aku yang cakap tu aku cair tau. Tapi kalau kau nak termuntah aku.”  “Siapa tu?” Wanita di sebelah Jay tersedar dek terdengar perbualan Jay di telefon.

  Reggie yang terdengar suara seorang wanita terpancing tertanya siapa di sebelah Jay. “Siapa tu, Diana ke?”    “Er… siapa nama you?”  “Rosy, semalam kenal takkan you lupa?”

  Reggie tepuk dahi.”Ayoyo, kata sunyi aku tak ada . Ini boleh ada perempuan dekat sebelah kau, bro. Diana tahu macam mana nanti?”

  ”It just one night stand. Lagipun aku dah lama nak putus dengan si Diana tu. Dia makin menyakitkan hati aku. Kau tahu mulut Diana.”

  “Kalau aku ni Islam dah lama aku mengucap panjang, Jay.” Mengeluh panjang Reggie dihujung sana.  “ Alah, sebelum kahwin kau pun sama macam aku.”

“Itu dulu sekarang aku dah ada Anika.  Kau ni, bila nak kahwin? Umur tu dah nak masuk three series. Tak penat ke kejar perempuan?”

“Aku dah cakap hari tu kan? Aku  tak rasa nak terikat dengan sesiapa, biarlah aku terbang bebas puas-puas. Tak rimas hati, tak panas hati.”

“Sebelum kau terbang bebas, Aunty Jua tu. Dia tahu kau bawak perempuan?”  “Aunty Jua?” Mengingatkan nama sang pemilik pangsapuri, mata Jay terbuntang luas. Dia teringat sesuatu penting. Di bawa skrin telefon ke mata. Jam menunjukkan 12.30 tengah hari.

 “Damn it!” Jay menyumpah. Serta merta Jay menyelak gebar dan bangkit dari katil. Teserlah dada bidangnya beserta enam kotak-kotak di abdomen.

  “Kau dah kenapa?” Reggie kehairanan apabila dia terdengar Jay dihujung talian seperti dalam keadaan kelam kabut.

  “Hari ni penyewa baru nak datang! Aunty Jua nak datang sekali kut!” Jawab Jay tergesa-gesa.

  “Oh.. kalau macam tu aku ciao dulu. Kawan baik-baik dengan penyewa baru tu tau.”

  “Buat apa?”

  “Supaya diorang boleh tolong aku bedal perangai setan kau tu!”

  “Oh sweetnya!” Reggie dan Jay tergelak sama. Lantas sama-sama mematikan perhubungan mereka di situ.

----------------------------------------------

yow.

Comments

Popular Posts