4 Cups of Coffee. 3
JAY terkejar-kejar.
Sesudah membersihkan diri di bilik air tadi, dia menyarungkan pakaiannya.
“Babe, apa yang you kejarkan tu? Hari ni hari
Sabtu kan? Bukan kerja pun.” Rosy bangun menggeliatkan tubuh badannya. Dia
langsung tidak mengetahui situasi jejaka tampan tersebut.
“Ya Tuhan, lupa pulak pasal you ni.” Langsung
dia tidak teringatkan perempuan yang dia bawa malam tadi. Dia memandang pakaian
yang berterabur di lantai bilik.
“Camelia..er.. Damia. Please bangun, pakai
baju. Someone’s coming.” Pinta Jay. Dikutip dress merah milik Rosy kemudian
dihulur pada wanita tersebut.
“Oh God, My name is Rosy. Berapa perempuan
you kenal ni?” Direntap pakaian yang dihulur Jay. Wajah wanita itu mencuka.
Baru dia ketahui bahawa lelaki yang sepanjang malam di sisinya ialah kaki
perempuan!
“Sorry,not now Rosy. Sekarang, I nak you
cepat dan pantas.”
“Sabarlah! Tolonglah, dress ni susah nak pakai!”
Saat sudah tersarung dress merah singkat dan ketat tersebut, dia membelakangkan
Jay. Meminta pertolongan untuk menarik zip dress tersebut.
“I thought makin singkat pakaian tu makin
senang.” Gumam Jay seraya membantu wanita tersebut. Bagi telinga wanita itu
kedengaran seperti memperli.
“Jay! ”
“Okay,
done!” Tak anjal, Jay menolak wanita itu
terus keluar dari bilik sampai di hadapan pintu rumah. Wanita itu menjerit
marah dengan layanan yang Jay beri pada dia.
“I tahu jalanlah!”
“I know babe, tapi you memang kena keluar
sekarang.”
“Stop pushing me!” Marah Rosy lagi sekali.
Tak semena-mena, lonceng unit pangsapuri
tersebut berbunyi. Waktu itu nafas Jay terhenti. Cemasnya bertambah. Tidak,
Aunty Jua! Jay meneguk airliur. Diberi isyarat pada Rosy supaya senyap. Rosy
mencebik namun akur saja dengan permintaan Jay.
Dibuka daun pintu kecil, hanya kepala saja
menjengah luar. Saat melihat siapakah gerangan yang menekan butang lonceng di
luar pangsapuri, Jay menarik nafas lega. Nasib bukan Aunty Jua.
“Nak apa ya, Encik?” Soal Jay. Matanya
melihat dari atas hingga bawah rupa pemuda yang berada di luar rumah itu. Hanya
pintu grill saja menjadi sempadan pemisah mereka.
“Ini rumah Aunty Jua, kan?” Tanya lelaki
berkaca mata di luar pangsapuri. Kelihatan beg pek di galas dan sebuah bagasi
besar di sisinya.
“Budak yang nak menyewa tu ke?” Pertanyaan
pemuda itu Jay tak menjawab menandakan pertanyaan pemuda tersebut benar.
Baru pemuda itu nak membuka mulut, tak
menunggu jawapan Jay melebarkan pintu. Batang tubuh Rosy di sebelah Jay
mengejutkan pemuda tersebut.
“Fuh! Aku ingat Aunty Jua tadi…”
“Er.. ada perempuan?” Pemuda itu kehairanan.
Aku tersalah rumah ke? Tapi alamat Aunty Jua bagi ni betul… Ke ini rumah sewa campur
lelaki perempuan?
“Okay, Rosy dear you need to go now.” Jay membuka grill dan mempersilakan
Rosy keluar.
“Aku tahulah!” Bentak Rosy kemudian melangkah
keluar.
“Have a nice day!” Jerit Jay sebelum menghilang bayangan Rosy.
“Oh..shut up Jay!” Balas Rosy separuh
menjerit.
Berbalik pada pemuda berkaca mata di hadapan
Jay sekarang, dia masih tidak tahu apa-apa yang terjadi. Tapi dalam kepala,
maca-macam andaian ada. Dia lihat Jay masih melihat wanita ber-dress merah
ketat tadi. Tengah melihat punggung montok wanita itu agaknya.
“Siapa perempuan tu?” soal dia.
“Oh ya, perempuan tu bukan sesiapa. Itu kali
pertama dan kali terakhir kau akan tengok perempuan tu. “ Pandangan Jay masih
tertumpu pada Rosy yang tidak jauh dari mereka.
“Macam mana dia ada dalam rumah?”
“Lupakan je but please don’t tell this to
Aunty Jua. I’ll die if she know about this. “ Jay mula mengalihkan pandangan
pada budak baru dihadapan dia. Jay boleh betapa kehadiran Rosy tadi dalam rumah
tersebut sangat tidak menyenangkan budak baru itu.
“Siapa nama, budak baru? I’m Jay.”
Cepat-cepat Jay bertanya untuk memecahkan kedinginan antara mereka.
Dipersilakan pemuda tersebut masuk ke dalam rumah.
“Kiran. Anak sedara Aunty Jua.” Selamba
menjawab. Dia menarik bagasi besar yang dibawanya masuk ke dalam pangsapuri
tersebut.
“Okay, now I’m dead.” Jay yakin Kiran akan melaporkan
hal ini pada mak cik saudara kesayangannya itu. Dia meneguk air liur lagi
sekali.

Comments
Post a Comment