4 Cups of Coffee. 4

“SO you Oliver.
Kerja apa sekarang?”
“Er.. freelancer.”
“Freelancer? Freelance apa?”
“Creative design.. actually majoring dalam
civil.”
“Civil? Kenapa lari jauh sangat?”
“Jiwa kacau.. stress sangat kerja dua tahun
lepas. Ini bukan benda yang aku suka. Hati aku cakap kat aku ‘Oliver kau patut
berhenti, keluar tengok dunia.’ Jadi aku pergi keliling Asia ni.”
“Kayanya kau Oliver dapat cuti.”
“Aku habiskan semua saving aku.”
“Gila!” Ternganga mulut Meor Salih mendengar
hidangan cerita seorang lelaki bernama Oliver.
“Memang gila. Selepas setahun, balik sini aku
pokai. Ambil dua kerja dalam sehari. Then, sekarang cuba design sambil tu
jadilah waiter kat Starbucks hujung rumah sewa kita nanti. “
“Mesti susah.”
“Tak susah. Aku seronok. It was fun! Kau
patut buat, like seriously. Aku harap kau join.” Pemuda itu dalam keterujaan
menceritakan pengalaman dia yang tak seberapa. Senyum langsung tak tertanggal
dari wajah. Daripada fiil yang Meor Salih lihat pada pemuda disebelah dia, Meor
Salih tahu Oliver seorang yang sangat aktif dan positif. Bila digabungkan,
hyper-positive.
Tandan dahi Meor berkerut kemudian
menggeleng-geleng perlahan. “Tunggu ekonomi aku kukuh dulu baru aku boleh
buat.”
“Kau kerja apa pulak?”
“Baru dapat tawaran dekat Blueprint Firm.”
“Yang bawah Syarikat Oktober tu ke?”
“Pernah kerja situ ke?”
“Eh, taklah. Cuma pernah dengar. Lagipun
siang tadi baru terbaca dekat surat khabar nama Blueprint Firm.”
“Kenapa masuk?” Meor Salih mula risau. Jangan
firma tempat dia bekerja itu ada skandal sudah.
“Alaa.. puji perkhidmatan yang ada dekat
situ. Kau patut bangga dapat bekerja dekat tempat yang ada nama macam tu.”
“Okay..ingat kan apa tadi.” Meor Salih
tergelak kecil. Melepaskan kelegaan.
TOK! TOK! TOK!
Serentak dua pasang mata teralih pada bunyi
ketukan cermin tingkap. Kelihatan ada seorang wanita berbadan besar dalam awal
lima puluhan memerhatikan mereka berdua.
“Aunty Jua!” Jerit Oliver. Riang. Terus
pemuda itu keluar dari Mini Cooper Meor Salih dan menerpa memeluk wanita
bernama Aunty Jua.
Meor Salih tersengih tengok telatah
keanak-anakan Oliver. Dia turut keluar menghampiri mereka berdua.
“Look at you Oliver. Sudah besar panjang.
Dulu gemuk ada pipi pau, sekarang kurus pun ada pipi pau jugak. Ini yang Aunty
rindu..” Mendengar suara Aunty Jua mengingatkan Meor Salih pada isteri Phua Chu
Kang
Terbuntang mata dia tengok
jari-jemari Aunty Jua yang sudah dirias kuku panjang dengan warna merah
menyala mencubit kedua belah pipi Oliver. Boleh lagi Oliver tergelak-gelak manja.
Walau hakikatnya yang Meor Salih lihat jari Aunty Jua mencubit tapi dia dapat
rasakan kuku merah menyala itu yang mencubit! Ouch!
“Untuk pengetahuan Meor, Aunty Jua ni mak
angkat aku.” Ujar Oliver. Tangannya mengosok-gosok pipi yang sudah merah.
“Oh… “ Barulah Meor Salih faham mengapa
pemuda dihadapannya seperti keanak-anakan.
“Ikut kereta hitam tu tau.” Ditunjukkan
sebuah kereta hitam yang tidak jauh daripada mini cooper Meor Salih. Meor Salih
sekadar mengangguk lalu wanita separuh umur itu menuju ke haluan dia. Meor
Salih dan Oliver kembala masuk ke dalam mini cooper untuk bergerak menuju ke
rumah sewa mereka.
“Kerja kat mana Kiran?” Soal Jay. Mereka
berdua di dapur. Jay sedang menenggek air manakala Kiran pula duduk di kerusi
yang terdapat di bar.
“KPJ Damansara.”
“Doktor?”
“A’ah. Baru habis houseman.”
“Owh.” Sepatah itu Jay membalas. Tangannya
mengetuk-ngetuk meja, bibir terkumat-kamit seperti mahu luahkan sesuatu walau
hakikatnya tidak. Dia dalam keresahanan, resah kerana pemuda dihadapan Jay ini
adalah anak saudara Aunty Jua.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Then I'm stop writing this about this 4 guys aaand its only 4 chapters. Just like other stories. Hahahaha. I know, I'm sorry. Im reallyreally sorry.
Not because I dont know what will happen to them. It just the spark that I had when started writing this about this guys is gone. Gone like the wind. That also happen to Hati dan Rahsia and Hati dan Luka.
Its not I dont know what will happen to them. I know. Im waiting the 'sparks' come to me. Sometimes when I reread this guys again, I write a little. Same as goes to my Irfan and Roman. Huhuhu
I dont know how other writers can write their stories non stop. They amaze me. *clapclapclap* They have amount of passion and discipline that really amaze me.
I really need to find the passion and the discipline. Oh Lord, help me.
While I'm trying to find it. I'll post another stories and idea that I wrote when i'm gone this 2-3 years.
Amuse-toi bien! :)
.
.
.
.
.
.
By the way, this is what I had in my mind with what happen to them. The story much more focus on Meor Salleh and Jay actually.
.
.
.
.
“Tak sayang nyawa
ke?” Jay tak berfikir panjang mengambil punting rokok dari tangan Meor Saleh.
Terus dpatahkan dan dibuang ke tong sampah.
Kening Meor Salih terjungkit, mulutnya
terjuih. Tindakan Jay betul-betul mencabar kesabarannya. “Jay, wtf?”
“Woahh, tak pernah
pulak kau mencarut.”
“Aku cuba tenangkan
diri aku ni. Kalau kau patahkan rokok aku lagi sekali, better kau pergi solat
taubat dulu sebab aku nak humban kau kat balkoni ni!”
“Ini pasal Su tu
ke?”
“Macam mana kau
tahu?”
“Pekerja senior ada
nampak kau keluar dari ofis Su tu. Nampak, scandalous. Tak sangka pulak Meor
Salih yang soleh ni perangainya begitu. Kau patut sedar dia isteri bos kita”
“Su tu bekas teman
wanita aku.”
“Macam mana korang kenal?”
“New Zealand. Aku
belajar kat sana.“
“Dari situlah
bermula?”
“Lebih kurang..
tapi dia jumpa orang lain. Lagi baik, lagi sempurna kaki dia dan tinggalkan aku.”
“Kenpa dia nak kat
kau balik?”
==================
“Aku mintak maaf,
Jay. Aku tak boleh.”
“Kenapa pulak? Kita
lagi dua minggu…”
“Biar aku jujur
satu benda pasal aku.”
“Apa dia?” Kali ini
apalah alasan wanita di hadapannya sekarang. Dia benci aku? Sudah tentu dia
benci aku, tapi benci Lynn Hanani benci yang wanita itu boleh bertolak ansur.
“Kau pernah cakap, dekat rumah ini kau nak
enam anak.”
“Kau tak nak ada anak ? A..aku okay. Kau tak
nak anak, kita boleh bela kucing. Kalau nak bela beruang panda pun aku sanggup
import dari China semata-mata untuk kau.”
“Aku tak boleh mengandung.”
Jay terpenpam.
“Kalau abang Meor hilang kaki sebelah kanan
dia waktu kemalangan. Aku...” Lynn Hanani tak berkata apa-apa. Wajahnya tertunduk.
“Kita boleh ambil anak angkat.”
“Macam mana dengan mak kau nanti? Dia tetap
nak anak dari darah daging kau. Apa orang lain akan kata?”
“Pedulikanlah apa orang kata! Ia Cuma anak!
Rezeki. Biasalah ada aje orang yang taka da anak. Mereka ambil anak angkat. ”
“Manusia Jay, kita akan tetap kalah dengan
apa orang kata.”
“Lynn Hanani… aku sayangkan kau.”
“You have nothing to lose Jay.”
“Nothing Lynn?”
“And I have nothing to lose if i Ieft.”
“Macam tu aje kau nak tinggalkan aku?"
"Thats how you left other girls right? Does it?"
.
.
.


Comments
Post a Comment