Hati Dan Rahsia 1



Pulau Dahan, Johor.
 Tahun 1975.

PULAU DAHAN- sebuah pulau kecil yang berada di kawasan negeri Johor dan berdekatan dengan Pulau Sibu. Pulau tersebut juga mempunya keluasan selebar 30 kilometer persegi.  Pasir yang memutih dan lautnya yang bewarna biru jernih menjadikan Pulau Dahan popular sebagai satu tarikan pelancongan di negeri Johor.

  Pada era tujuh puluhan, melalui dasar kerajaan dan juga usha setiap insan warga negara Malaysia. Ekonomi sebuah negara semakin berkembang. Salah satu sektor yang mnyumbang ekonomi negara ini juga adalah sektor pelancongan. Sektor ini juga turut berkembang maju dan telah menarik perhatian orang luar untuk melancong di negara ini.

    Pantai Suria Resort mempunyai suku daripada keluasan Pulau Dahan dan hanya satu-satunya resort yang ada di situ. Penduduk Pulau Dahan sangat mengenali pemilik resort tersebut. Lelaki empat puluhan yang jutawan bersifat dermawan itu bernama Tuan Jamal. Beliau telah mengusahakan tanah pusaka yang telah diwarisi itu sejak beliau muda lagi. Atas sifat murah hati Tuan Jamal, beliau telah membuka peluang pekerjaan yang luas di resort tersebut. Ini menjadikan kebanyakan keluarga Pantai Suria Resort ialah penduduk di situ juga. Sama juga dua remaja seperti Irfan dan Hanani.

   Irfan - remaja muda berusia 16 tahun. Berkulit sawo matang dan berketinggian rendah. Sepasang mata bundar miliknya menampakkan keterampilan yang kelihatan mesra dan mampu menarik perhatian wanita walaupun sifatnya seorang yang pendiam. Pemuda itu berhenti bersekolah selepas kehilangan ibubapa dan abangnya. Dia berdikari dan bekerja sebagai housekeeper di resort milik Tuan Jamal bagi menampung perbelanjaan kehidupannya.

   Tidak kurang juga buat Hanani, gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mencari duit sendiri di resort milik Encik Jamal untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Jiran Irfan berwajah mungil dan berambut hitam lebat. Gadis itu bersifat peramah dan tidak pernah lokek menghulurkan senyuman manisnya. Oleh kerana sifat tersebut, para pemuda kampung telah lama menyimpan perasaan terhadap dia termasuk juga Irfan. Biarpun jurang usia mereka tiga tahun.


"ADUH, penatnya kerja seharian tak berhenti ni." Kedengaran bunyi troli berisi cadar kotor dan alatan untuk mengemas bilik bergerak bersama derapan dua pasang kaki melangkah.

 "Macamlah tak tahu, cuti semester sekolah selalukan keluarga datang sini." Suara manja tersebut membalas.

  "Isy, aku tahulah. Tapi tak sangka pulak sepenat ni."

  "Tahu pun engkau, tak apa kau baru masuk kerja. Lama-lama biasalah tu."

  "Haraplah.. tapi seronok jugak. Dapat tengok mat salleh tampan. Tadi aku baru ternampak Tom Cruise tadi. Dia senyum kat aku bila aku pandang dia. Oh, cair hati mak ni."

  "Hoi, nama aje lelaki tapi cair dengan badan kekar bukan dengan awek seksi. Untuk pengetahuan kau, yang kau nampak tadi bukan Tom Cruise, itu pelabur Tuan Jamal tau. Buat malu Tuan jamal aje." sengaja suaranya dikuatkan.

  "Hanani, suara kau ni macam tak boleh kuatkan? Perlahankan sikit, buat malu aku kat pengunjung resort ni."

  "Tahu pun kau, Sotong."

  "Aku bukan Sotonglah, nama aku Hakim okay. H-A-K-I-M."

  "Cikgu Hakim, daripada kau mengajar aku lebih baik kita hantar cadar kotor ni ke laundry. Nak tahu juga kenapa Tuan Jamal panggil Irfan ke bilik dia." Hanani mengeluh. Mereka berdua berjalan perlahan-lahan ke laundry hotel. Menolak troli tersebut bersama-sama sambil bersembang.

  "Kakak oi, kenapa mengeluh?"

  "Sotong, kau tak tahu pasal masalah Tuan Jamal tu?"

  "Tuan Jamal?"

  "Sejak kebelakangan ni, Tuan Jamal dengan isterinya, Puan Huda aku tengok macam dingin saja."

  "Apa masalah?" soal dia tertanya-tanya. Teruja juga mendengar khabar angin terbaru.

   "Aku pun tak pasti, dengar daripada mulut orang Puan Huda mahukan anak. Tahulah kan, dah 10 tahun kahwin, masih tak ada rezeki. Mereka berdua pernah bergaduh besar sampai Puan Huda ungkit pasal cerai." Hanani menghentikan kata-katanya. Riak Hakim berubah hairan.

   "Jadi?"

   "Jadi apa? Tu aje aku dengar." Dia memandang Hakim. Wajah lelaki lembut itu masih ada riak hairan. "Kenapa dengan kau ni. Itu aje aku dengarlah. Itu pun aku tak pasti betul ke tak. Kalau tak betul boleh jadi fitnah tau."

   "Aku tak faham. Apa kaitan Tuan Jamal dengan Irfan kena panggil dengan dia?"

    Hanani mlepaskan nafas panjang, agak kecewa kerana kisah yang diceritakan tidak difahami oleh Hakim. Lalu dia menarik nafas panjang dan menjelaskan.

   "Selalunya kalau mood Tuan Jamal macam tu, macam-macam boleh jadi dekat pekerja. Semalam, Kak Aisyah minta cuti sebab adik dia yang tinggal di bandar meninggal dunia dia tak bagi, siap bagi ayat pedas. Menangis si Kak Aisyah tu lepas keluar. Irfan pulak mana ada buat salah, tiba-tiba aje kena panggil. Seram aku kalau jumpa Tuan Jamal waktu mood dia begitu."

   "Itu namanya penzalim bukan dermawan lagi. Aku tak rasa macam tu kalau Tuan Jamal dengan Irfan. Tuan Jamal tu baik sangat dengan Irfan. Bertuah betul budak kecik tu."

   "Hello, Irfan tu tak kecillah. Tunggulah lagi beberapa tahun nanti, dia lagi tinggi daripada aku. Tapi kalau keadaan Tuan Jamal tak baik, susah jugak." kedengaran lagi sekali keluhan Hanani. Risau jika Irfan menjadi tempat melepaskan kemarahan majikan.

   "Puan Huda pun satu, Tuan Jamal yang kaya tu dia boleh bergaduh minta cerai. Tak menghargai langsung!"

   "Lainlah kalau dah ada kekasih gelap."

   " Apa maksud kau? Peliklah kau ni Hanani. Lepas satu cerita, cerita lain tak habis lagi. ."

   "Aku baru teringat pagi tadi, Irfan ada nampak Puan Huda dan seorang lelaki dalam kereta di bahu jalan. Dia kata, dia nampak lelaki tu pegang tangan Puan Huda..." Hanani melakukan aksi memegang tangan sendiri sambil terbayang dalam kepala.".. kemudian cium. Puan Huda boleh tersenyum pulak."

    Mimik muka Hakim berubah dengan mulut berbentuk "O". Terkejut.

   "Assalamualaikum, sambil bergosip tu tak boleh buat kerja ke?"

    Serentak pandangan mereka ke hadapan. Seorang budak lelaki memandang mereka dengan tangan mencekak pinggang.

   "Eh, Irfan. Apa kau buat kat sini?" soal Hakim terkejut.

   "Apa aku buat kat sini? " Balas Irfan menyoal pada diri sendiri dalam nada seperti bengang. Tangan bersilang ke dada. Wajah pula serius.

   Hakim dan Hanani terdiam tidak tahu sama ada untuk menjawab soalan Irfan. Walaupun Irfan lebih muda daripada mereka, pemuda itu sikapnya matang. Tak padan langsung dengan tubuh badannya yang lebih rkecil daripada mereka dan juga mata bundar milik Irfan.

   Hanani melihat tubuh Irfan, lelaki itu tidak memakai uniform housekeeper. Sekadar baju T lengan panjang. Tuan Jamal pecat Irfan? Teka Hanani dalam hati. Simpati mula melanda hati.

   Selang beberapa saat tanpa menunggu jawapan mereka berdua, tubuh pemuda itu berpusing ke belakang. Melangkah meninggalkan mereka. Hanani segera mendekati Irfan. Hakim yang tinggal terkebelakang mengejar mereka sambil menolak troli.

   "Irfan apa kata Tuan Jamal tadi? Kau kena pecat ke?" Ujar Hanani. Mereka berjalan beriringan.

   Irfan agak terkejut mendengar soalan Hanani."Mulut tu agak-agaklah! Kalau aku kena pecat, mana aku nak cari makan?"

   "Habis, kenapa pakai baju biasa?" Pertanyaan Hanani menunjukkan pakaian yang tersarung pada tubuh Irfan.

    "Tuan suruh ambil tetamu dia di jeti."

    "Siapa?"

    "Malas nak jawab. Asalkan tetamu dia sampai sudah. Hanani, nanti teman aku tau." Pinta pemuda itu dengan muka serius.

   "Itu aku tak kisah. Tapi kenapa muka masam sangat? Tak handsome-lah, muka masam macam tu." Hanani cuba mengusik.

   Mendengar usikan gadis yang disukai selama ini menyebabkan darah hangat naik bersemu ke wajah. Ditoleh ke tempat lain supaya Hanani tidak nampak wajahnya yang merah. Hakim yang berada dibelakang menutup senyumannya, dia tahu Irfan amat menyukai Hanani. Pandai betul jaga rahsia hati sendiri si Irfan ini. Bisik hati Hakim.

    "Kau pergilah tukar baju. Kita kena bergerak sekarang, kalau tidak bertambah bising Tuan Jamal tu." Sengaja Irfan menyuruh gadis itu beredar. Dia malu untuk bertentang mata dengan sikap peliknya sekarang.

    "Yalah, yalah." Hanani menunjukkan memek muka masamnya walaupun Irfan tidak nampak. Lalu dia menoleh pada Hakim, "Hakim kau seorang sajalah yang hantar cadar tu. Aku temankan Irfan." Tanpa menunggu balasan Hakim gadis mungil itu segera meninggalkan mereka berdua.

    Hakim menolak troli ke hadapan untuk mendekati Irfan. Dia tersenyum nakal.

    "Aku dah tahu, kau sukakan Hanani kan?"

    Wajah Irfan bertambah merah, dia memandang tepat kearah Hakim. "Mengarutlah kau ni. Aku jiran dia sajalah. Mana ada aku suka dia. Lagipun dia lagi tua daripada akulah."

   "Tak payah menipu, aku tahu dari muka kau tadi pun aku boleh nampak. Puji sikit pun, muka boleh merah? Tak jantanlah kau ni." Dengan bersahaja Hakim mengejek.

   "Eleh, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

   "Ya, aku yang melebih-lebih. Tapi lebih baik kau berterus terang dengan dia."

   Irfan memandang Hakim bersama reaksi terkejut. "Sotong, kau gila apa?"

  Pap! Satu tamparan pada lengan Irfan. Irfan mengaduh kesakitan.

   "Sejak bila aku gila? Betul apa yang aku kata ni? Kalau ada orang yang ngap dia, kau sendiri yang merana. Lagi satu, berani dia aje panggil aku Sotong. Kau tu budak lagi, panggillah aku Abang Hakim." Balas Hakim dalam nada geram.

   "Aku mana layaklah..So.." Belum sempat menyambung ayat, tenungan tajam daripada Hakim membuatkan Irfan terkedu sekejap. Cepat-cepat dia membetulkan kata-katanya.

   "Aku mana layak, err.. abang Hakim."

   Wajah Hakim serta merta berubah dengan satu senyuman. Irfan lega.

  "Aku ni sekolah setakat mana aje. Kerja pun jadi tukang bersih bilik resort ni. Kalau harta, rumah pusaka tu aje tinggal. Hanani tu lebih layak untuk orang lain. Aku sebagai kawan baik memerangkap jiran memerangkap adik angkat dia akan gembira kalau dia dah jumpa orang yang selayaknya." Irfan merasa rendah diri dengan apa yang dia miliki sekarang. Hanani lebih layak dengan orang lain, bukan aku.

   Hakim hanya mampu menggeleng dan mengeluh melihat sifat rendah diri Irfan. Budak lelaki itu hanya merenung lantai.

   "Hmm.. yalah. Kalau dia memang dah jumpa, kau jangan cemburu pulak. Tapi tadi apa pasal kau muka masam aje?"

  Mata yang tadi merenung lantai serta merta menatap muka Hakim. Umpama telah menyedari sesuatu yang terlupa, "Er.. Hakim aku pergi dulu."

  Segera Irfan menapak meninggalkan Hakim.

   "Eh...Ini tak adil! Main pergi aje budak tu!" Gumam Hakim tidak puas hati.

Comments

Popular Posts