Hati dan Rahsia Prolog



Teratak Megat, Perak.
Tahun 1975.

BERDETAM- detum bunyi guruh. Hujan lebat umpama tidak mahu berhenti mencurah-curah ke tbumi. Kilat memancar-mancarkan cahaya yang menunjukkan persekitaran sebuah rumah banglo gaya 60 an. Terdapat plat besi tertulis 'TERATAK MEGAT' terpapar di dinding sebelah pagar yang berketinggian rendah.

  Isi rumah banglo yang terdiri daripada kanak-kanak yatim piatu tenang diulit mimpi nan indah dan tiada walaupun di luar sana bagai bumi mahu bergegar. Tiada langsung ssekelumit ketakutan pada wajah mereka.

   Seorang lelaki muda dengan tenang melangkah sambil bersenandung. Datang dia ke situ pada lewat malam ada urusan penting.. Jaket kulit yang tersarung di badannya habis kuyup seperti tuannya. Jaket dan seluar yang basah kuyup itu menitiskan air ke lantai. Apabila berada di hadapan pintu sebuah bilik. Dia berhenti, membetulkan pakaiannya kemudian mencapai tombol pintu sambil seulas senyuman terpamer di wajahnya.

  Ruang bilik tersebut kelihatan seperti sebuah pejabat Dia dapat meneka tatkala cahaya kilat memancar-mancar dan kelihatan rak-rak buku di dinding dan sebuah meja pejabat yang kelihatan mahal melalui ukiran kayu di kaki meja tersebut. Matanya kemudian teralih ke arah kerusi meja tersebut. Ada satu jasad duduk tegak menghadapnya. Senyuman semakin lebar.

  "Haih ayah, tiada masa lain ke nak panggil saya? Waktu malam begini juga suruh datang. Dahlah tengah hujan sekarang. " keluh dia sambil mengibas-ngibaskan jaket kulit tersarung di badannya.

  "Maaflah, ayah suruh kamu datang." lelaki digelar oleh pemuda  itu  "ayah"  memohon maaf. Wajahnya tidak kelihatan kerana terhalang dengan bayang-bayang kendati cahaya kilat memancar-mancar mencerahkan ruang bilik itu.

  "Kerja saya ni selain dekat oversea tu, tak lain tak bukan tolong ayah. Ada masalah lagi?"Soal pemuda itu lalu mendekati lelaki dihadapannya.

  "Ayah dapat rasakan orang ayah dalam bahaya." Balas lelaki yang sedang duduk menghadap pemuda itu.

  "Akan ada lagi pertumpahan darah? Sama seperti macam dulu?" Agak pemuda itu.

  "Ya. Tapi di sebuah pulau. Pulau Dahan."

  "Pulau Dahan?" soal pemuda itu agak hairan.

  "Ya, kenapa?"

  "Kenapa ayah letak orang ayah di pulau? Macam tak ada tempat lain aje.."

  "Kamu akan faham juga kenapa ayah letak dia di sana. Ayah minta kamu dapat pergi hantarkan pesanan daripada ayah."

  "Nampaknya jadi posmen ayahlah sepanjang bulan ni." ucap pemuda itu bergurau dengan wajah bersahaja.

  "Kamu jangan risau sekali ni saja. Kemudian mahu buat benda lain buatlah." dihulurkan sepucuk surat kepada pemuda itu.

  Pemuda itu mengambil dengan senang hati. Dia membuka sampul surat tersebut, niatnya mahu melihat isi sampul surat itu tiba-tiba terhenti apabila ditegah 'ayah'-nya.

  "Jangan lihat isinya sehingga sampai kepada yang sepatutnya."
 
   Pemuda itu menjuihkan mulut, merajuk. "Nampaknya surat ni memang penting daripada saya kan, ayah?"

   "Lebih penting daripada nyawa kita." Ucap suara itu. Lembut tapi tegas

   Mendengar kata-kata lelaki itu, pemuda itu mengangkat bahu. Respon dia tidak akan kisah akan isi surat itu. "Baiklah, saya akan sampaikan surat ini. Tapi upahnya?"

   "Ayah dengar di sana ada seseorang yang kau inginkan selama ni. "

   "Gadis cantik?"
 
   "Mungkin. Jangan fikir sangat, asalkan kamu serahkan surat tu secepat mungkin."

  "Okay bos." Diselukkan sampul itu ke dalam kocek jaket bahagian dalam lalu menabik ke arah lelaki yang dipanggil ayah.

Comments

Popular Posts